web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Dana 1MDB: Pendakwaan Dibenar Pinda 3 Pertuduhan Terhadap Najib

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 5:14PM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda tiga pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dalam perbicaraan kes 1MDB yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak. gambar fail.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda tiga pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam keputusan ringkasnya, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, naratif pendakwaan berhubung kesnya tidak berubah kerana hanya angka dan jumlah yang akan dipinda oleh pihak pendakwaan.

"Tiada niat jahat atau mala fide dalam permohonan ini (untuk meminda pertuduhan) seperti yang didakwa oleh pihak pembelaan dan pertuduhan yang dipinda tanpa prejudis terhadap tertuduh.

"Pindaan itu akan dibuat menurut keterangan saksi pendakwaan, penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd Roslan (PW47) dan Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, ACP Foo Wei Min (PW48). Pihak pendakwaan dalam haknya untuk meminda pertuduhan sebelum menutup kesnya," kata beliau.

Hakim berkata, kedua-dua saksi itu mempunyai pengetahuan khusus mengenai jejak wang dan terutama berkaitan sama ada pergaliran wang dan jumlah yang diterima dalam akaun bank tertuduh adalah ratifikasi sepenuhnya atau sebahagian atau hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang.

"Dalam keterangan kedua-dua saksi ini, didapati sejumlah wang adalah daripada sumber yang tidak diketahui dan oleh itu tidak boleh ditetapkan dengan pasti sebagai hasil yang menyalahi undang-undang dengan merujuk kepada pertuduhan predikat keempat," kata hakim.

Susulan keputusan itu, mahkamah memerintahkan ketiga-tiga pertuduhan yang dipinda dibacakan kepada Najib dan bekas perdana menteri itu mengulangi pengakuan tidak bersalahnya terhadap semua pertuduhan itu.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memasukkan beberapa dokumen bank yang dikaitkan dengan keterangan Foo sebagai bukti dalam kes itu.

Pada 24 Oktober, pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka mahu meminda satu daripada empat pertuduhan salah guna kuasa Najib dan dua daripada 21 pertuduhan pengubahan wang haram, berikutan keterangan dua saksi (Adam Ariff dan Foo), baru-baru ini.

Bagi pertuduhan salah guna kuasa, pihak pendakwaan mahu meminda jumlah daripada RM49.9 juta kepada RM44.6 juta, manakala bagi pertuduhan pengubahan wang haram, pihak pendakwaan mahu meminda pertuduhan ke-10 yang Najib didakwa melakukan kesalahan dengan memindahkan wang aktiviti haram, dengan mengurangkan jumlah yang terlibat daripada RM652.6 juta kepada RM515.7 juta.

Selain itu, pihak pendakwaan juga mahu meminda pertuduhan ke-21 melibatkan pemindahan dana dengan mengurangkan jumlah RM12.4 juta kepada RM11.4 juta.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meminta perbicaraan hari ini dilapangkan kerana beliau dimaklumkan anak guamnya masih tidak sihat selepas dijangkiti COVID-19 minggu lalu.

"Pagi ini anak guam saya memaklumkan bahawa beliau masih tidak sihat 100 peratus dan memerlukan hari ini, dengan pertimbangan Yang Arif, untuk berehat dan memulakan perbicaraan pagi esok," katanya.

"Dua daripada peguam dalam pasukan saya juga dijangkiti COVID-19 dan untuk berlaku adil kepada mahkamah, kami semua akan melakukan ujian pada sebelah malam untuk memastikan tiada seorang pun daripada kami didapati positif," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar tidak membantahnya.

Perbicaraan disambung semula pagi esok.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 minit yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Politik 5 jam yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Politik 46 minit yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad