web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Karut, Jho Low Tidak Pernah Masak Pasta Untuk Keluarga Saya - Zeti 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 6:20PM

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hadir bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low tidak pernah melawatnya dan memasak pasta untuk keluarganya di kediamannya di Bukit Tunku, di sini.

Saksi berusia 76 tahun itu berkata demikian ketika menafikan dakwaan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak pada perbicaraan bekas perdana menteri itu membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Muhammad Shafee: Semasa menjadi Gabenor BNM, di manakah kediaman kamu?

Zeti: Di Bukit Tunku, Jalan Tunku Puteri.

Muhammad Shafee: Itu tidak jauh dari rumah Najib.

Zeti: Ya.

Mengenai cadangan Muhammad Shafee bahawa Jho Low mempunyai tabiat datang ke rumahnya pada hujung minggu untuk memasak pasta kepada keluarganya, Zeti menjawab: "tidak masuk akal dan mengarut, tidak pernah berlaku".

Saksi pendakwaan ke-46 itu turut menafikan Jho Low rapat dengan keluarganya melalui suaminya, Datuk Dr Tawfiq Ayman kerana kedua-duanya adalah rakan kongsi perniagaan.

Beliau berkata bahawa beliau tidak pernah menerima hadiah mahal daripada Jho Low sepanjang hidupnya.

Muhammad Shafee: Ada sekali tu ketika kamu bertemu PM (Najib), kamu berkata Jho Low suka memberikan kamu hadiah mahal dan berkata "saya menerimanya tetapi saya pulangkan balik".

Zeti: Saya tidak pernah menerima sebarang hadiah daripada sesiapa, termasuk Jho Low.

Muhammad Shafee: Adakah kamu mengatakannya kepada PM (Najib)?

Zeti: Saya tidak ingat.

Sementara itu, Zeti juga menafikan dakwaan yang dibuat oleh bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner semasa perbicaraan kes Roger Ng yang membabitkan 1MDB di mahkamah New York, bahawa suami Zeti telah menerima rasuah, sehingga AS$1 bilion yang dimaksudkan untuk usaha sama 1MDB-Petrosaudi dapat dibawa ke luar negara tanpa kelulusan BNM.

Muhammad Shafee ketika membaca transkrip perbicaraan Ng di mahkamah New York berkata Leissner memberi keterangan bahawa BNM perlu memberi kelulusan AS$1 bilion dibawa ke luar Malaysia kerana pada 2009, Malaysia masih mempunyai kawalan modal.

“AS$1 bilion telah dipindahkan semalaman keluar dari Malaysia (ke akaun syarikat JV di luar negara) dan ia telah dilakukan kerana suami kepada gabenor Zeti ketika itu di BNM telah menerima rasuah untuk melaksanakannya.

“Semalaman, wang itu telah dipindahkan, yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada masa itu. Tiada kelulusan diperoleh secepat itu dengan BNM,” dakwa Leissner.

Muhammad Shafee: Tan Sri, kamu pasti pernah dengar tentang perkara ini.

Zeti: Beliau (Tawfiq) berkata beliau tidak pernah menerima sebarang rasuah sepanjang hidupnya. Beliau membuat rujukan bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan dua orang ini (Ng dan Leissner).

Muhammad Shafee: Adakah BNM atau kamu membuat sebarang kenyataan untuk menyangkal perkara ini?

Zeti: Kami tidak berbuat demikian kerana kami diberitahu ia akan menjejaskan kes (perbicaraan Ng).

Bagaimanapun, Zeti berkata suaminya membuat kenyataan berhubung dakwaan itu kerana ia bersifat peribadi kepadanya.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 6 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad