web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM5 Kadar Zakat Fitrah Wajib Wilayah Persekutuan - Zulkifli

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 4:05PM

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar zakat fitrah wajib di Wilayah Persekutuan pada tahun ini ditetapkan sebanyak RM5, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata selain itu, kadar RM7 dan RM14 ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan dan bergantung kepada jenis beras yang dimakan.

“RM5 iaitu kadar wajib dan minimum berdasarkan nilai beras Super Tempatan Gred (15 peratus kandungan beras hancur), RM7 bagi pengguna beras Super A (lima peratus kandungan beras hancur) dan RM14 untuk pengguna beras Super Import dan Basmathi biasa.

“Mereka (pembayar zakat) boleh pilihlah (kadar bayaran zakat fitrah), ini berdasarkan kepada jenis beras yang mereka makan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian bantuan Ihya’ Ramadan dan watikah pelantikan ketua amil serta amil zakat fitrah tahun 2021 di sini, hari ini.

Pembayaran zakat fitrah katanya boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di www.maiwp.gov.my; dan juga aplikasi pembayaran yang lain seperti ePay MAIWP, SnapNPay, e-wallet Boost, JomPay dan laman sesawang fitrah.zakat.com.my.

Bagi pembayaran secara bersemuka, seramai 909 amil dilantik dan akan berada di banyak lokasi di seluruh Wilayah Persekutuan.

Mengenai desas-desus kononnya terdapat syarat had umur bagi rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah haji, Zulkifli berkata kerajaan akan mendapatkan maklumat berhubung perkara itu dan setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Tahun lepas, kerajaan Arab Saudi mengumumkan pelbagai syarat ketat untuk menunaikan haji, termasuk bilangan jemaah tidak melebihi 10,000 orang, selain semua jemaah perlu disaring sebelum tiba di Makkah dan Madinah.

Pada tahun ini pula, Menteri Kesihatan Arab Saudi Dr Tawfiq al-Rabiah dilaporkan berkata antara syarat utama kemasukan jemaah haji pada Julai nanti ialah wajib mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran