Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


5 Individu Termasuk Datuk Ditahan Godam Sistem Pangkalan Data Imigresen - SPRM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 3:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegiatan mengeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu akhirnya berjaya dilumpuhkan selepas lima individu termasuk ketua sindiket bergelar Datuk ditahan dalam operasi besar-besaran yang dilaksanakan awal pagi tadi.

Penahanan individu berkenaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga turut berjaya merungkai permasalahan yang dihadapi Jabatan Imigresen sebelum ini terhadap sistem PLKS mereka yang telah digodam sindiket berkenaan.

Menurut sumber SPRM, kesemua suspek berusia 33 hingga 43 tahun itu ditahan bersama dua perisian sistem komputer klon dan transmitter (pemancar) yang digunakan sindiket, dalam operasi di 22 lokasi di sekitar ibu kota, hasil risikan suruhanjaya itu bersama Jabatan Imigresen.

“Kegiatan yang dilakukan oleh kesemua suspek telah menyebabkan kerugian sehingga ratusan juta ringgit kepada kerajaan dalam bentuk levi pekerja asing.

“Sindiket ini turut berkerjasama dengan ‘orang dalam’ dengan mengodam pangkalan data imigresen dengan memasang transmitter bagi membolehkan anggota sindiket menukar kata laluan pegawai dan memasukkan nama serta butiran peribadi pekerja asing seolah-olah mereka mendapat PLKS secara sah,” kata sumber itu.

Menurutnya lagi, pas berkenaan akan dicetak di pusat operasi sindiket, yang beroperasi di sebuah hotel terkemuka di Jalan Sultan Ismail, di sini, sebelum menjualnya dengan bayaran antara RM6,000 hingga RM8,000 bagi setiap PLKS kepada warga asing yang bekerja di negara ini secara haram.

“Bagaimanapun pusat operasi mereka sentiasa berubah dari satu tempat ke tempat yang lain termasuk menyasarkan hotel mewah bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Sumber berkata selain itu, sindiket juga berupaya membuka dan menutup status ‘senarai hitam’ seseorang individu bagi membolehkan mereka melepasi sekatan imigresen di lapangan terbang negara ini dengan bayaran tertentu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan kesemua suspek dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

“Siasatan ke atas kes ini akan dibuat secara menyeluruh selain memastikan kesemua ahli sindiket termasuk ‘orang dalam’ dikenakan tindakan yang sewajarnya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Verifikasi Pekerja Asing: Hanya 65 Peratus Majikan Berbuat Demikian - JIMNS

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kesesakan Zon Motosikal Di ICQ Akibat Gangguan Sistem M-Bike - JIM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

 Imigresen Tahan 14,361 Pendatang Tanpa Izin Setakat 23 Februari

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Fahmi Ulangi Jaminan Keselamatan Sistem PADU

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

Semasa 1 jam yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

Semasa 5 jam yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad