web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kos Haji Meningkat Tahun Depan? Ini Penjelasan TH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 7:02AM

TH memberi jaminan akan meneruskan bantuan kewangan haji pada tahun hadapan menerusi pendekatan secara bersasar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos menunaikan haji bagi jemaah Muassasah meningkat tahun hadapan berikutan peningkatan luar jangka pelbagai kos perkhidmatan di Arab Saudi dan luar negara.

Bagaimanapun TH memberi jaminan akan meneruskan bantuan kewangan haji pada tahun hadapan menerusi pendekatan secara bersasar.

Menurut jurucakap TH, pendekatan itu dilaksanakan bagi memastikan bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya golongan paling memerlukan, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

“Pada awal tahun ini, TH telah menganggarkan kos menunaikan haji bagi jemaah Muassasah adalah RM25,540 seorang, namun kos sebenar telah meningkat kepada RM28,632. Kos haji dijangka terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.

“Formula bantuan kewangan haji yang mampan (sustainable) sedang diperhalusi supaya tidak terlalu membebankan TH,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Jurucakap itu berkata, sekali lagi TH perlu mencari keseimbangan antara jumlah bantuan kewangan haji yang akan dinikmati oleh hanya 25,000 sehingga 30,000 jemaah haji Muassasah dan agihan pulangan daripada pelaburan kepada lebih RM8.6 juta pendeposit TH.

Tegas beliau, pihaknya memperuntukkan kira-kira RM185.7 juta bagi menampung bantuan kewangan haji tahun ini mengikut kemampuan dan pendapatan jemaah.

"Dengan peningkatan kos haji tahun ini, jemaah haji Muassasah kategori B40 menerima bantuan kewangan haji sebanyak RM17,652 seorang (62 peratus daripada kos haji), manakala jemaah haji Muassasah bukan B40 menerima RM15,652 seorang (55 peratus daripada kos haji).

“TH mengambil pendekatan bantuan haji bersasar bagi memastikan ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan yang paling memerlukan dan ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan subsidi bersasar dalam sektor ekonomi yang lain,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, pihaknya telah mengenalpasti pelbagai cabaran yang dihadapi jemaah haji, pihak berkuasa Arab Saudi atau pelaksanaan operasi sama ada dalam negara atau di Tanah Suci.

Tegasnya, TH akan membuat penilaian secara terperinci daripada pelbagai aspek berkaitan perkara itu.

TH juga jelasnya, akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan kepada jemaah haji yang dikendalikan mereka atau agensi terlibat.

“Bengkel semasa sesi pasca penilaian akan menjurus kepada kebajikan dan kesihatan jemaah haji serta melibatkan semua sudut perkhidmatan termasuk penginapan, pengangkutan, sajian, perubatan mahupun bimbingan ibadat. 

“Sebagai sebuah agensi pemberi perkhidmatan, TH telah mengamalkan pendekatan secara penambahbaikan berterusan dan penilaian operasi haji juga semestinya mengambil kira maklum balas yang diterima daripada jemaah haji,” katanya.

Semua komen dan maklum balas diterima daripada jemaah haji jelas jurucakap itu lagi, akan dinilai kesesuaiannya, sama ada perlu ditambah baik di peringkat operasi atau dibincangkan untuk penyelesaian lebih komprehensif dan secara jangka panjang.

Sementara itu, diminta mengulas tindakan seorang jemaah wanita yang memakai ihram ketika menunaikan umrah baru-baru ini, jurucakap berkenaan enggan memberikan sebarang komen.

Sebaliknya, beliau meminta soalan itu diajukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tindakan susulan. - Getaran, 21 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Terkandas Di Makkah: TH Diarah Buat Siasatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan