web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Setahun Pentadbiran Ismail Sabri: Perdana Menteri Yang Komited, Mesra Dan Tenang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 3:54PM

Ismail Sabri Yaakob, komited, mesra dan tenang. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Komited, mesra dan tenang, demikian ciri-ciri yang boleh menggambarkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  

Memasuki setahun pentadbirannya sebagai pemimpin nombor satu negara, Perdana Menteri dilihat terus komited dalam pelbagai usaha pembaharuan, dan yang terbaharu dengan kejayaan Akta Antilompat Parti. 

Amad Taqiyuddin Zulkifli - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Amad Taqiyuddin Zulkifli - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Bagi pengusaha batik, Amad Taqiyuddin Zulkifli, 31, dia merasa sendiri keprihatinan Perdana Menteri dalam mengatur gerak jentera bantuan ketika bencana banjir sebelum ini dan menyifatkannya sebagai satu gerak kerja yang efisien. 

“(Gerak kerja Perdana Menteri) Menyentuh perasaan rakyat. Ini kita lihat apabila bantuan banjir sebelum ini tidak lewat. Bantuan kerajaan efisien dan nampak Perdana Menteri buat kerja dengan komited. 

“Pentadbiran Ismail Sabri saya lihat tenang dalam menggerakkan strategi. Mereka (proaktif) dalam menyusun tindakan-tindakan menyebabkan keadaan tidak kalut,” katanya ketika ditemui Getaran hari ini. 

Bagi Amad Taqiyuddin, konsep Keluarga Malaysia yang digagaskan oleh pentadbiran Ismail Sabri telah membawa semangat kekitaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. 

Jelasnya, penerapan nilai keharmonian dalam pentadbiran kerajaan hari ini juga dilihat antara formula terbaik untuk negara bergerak ke hadapan, lebih-lebih lagi selepas berdepan cabaran pandemik COVID-19. 

“Kepimpinan Perdana Menteri pada waktu sukar iaitu ketika pandemik dan pasca pandemik membuktikan ketokohan kepimpinannya dalam menguruskan negara. 

“Dalam setahun pentadbirannya, Malaysia giat dipulihkan demi kebaikan negara dan rakyatnya. Kita boleh lihat sendiri komitmen Ismail Sabri menerusi pelbagai usahanya hari ini,” katanya lagi. 

Nizam Abdullah - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Nizam Abdullah - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Bekas pekerja swasta, Nizam Abdullah, 48, pula berpandangan, Ismail Sabri ialah seorang pemimpin yang mengetahui apa yang beliau lakukan dan menyifatkan pentadbirannya sebagai ‘so far so good’. 

Jelasnya, jika dilihat di media, Perdana Menteri banyak turun padang menyantuni pelbagai lapisan masyarakat. 

“Terbaru, saya lihat beliau turun ke Terengganu berjumpa kumpulan motorsikal. Ini penglibatan yang saya nampak dilakukan Perdana Menteri untuk menyantuni masyarakat. Saya seorang yang positif jadi Insya-Allah kita ‘look forward’. 

“Untuk makluman, saya sekarang tidak bekerja, saya tengok terdapat program-program yang dilancarkan selain bantuan diberikan kerajaan. Itu Alhamdulillah,” katanya sambil menambah, beliau tetap bersyukur kerana bebas dari hutang. 

Erin Zamree - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Erin Zamree - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Dalam pada itu, usahawan, Erin Zamree, 34, memberitahu, langkah kerajaan pimpinan Ismail Sabri menggerakkan pelbagai bantuan dan menetapkan harga siling bagi mengurangkan beban kos hidup rakyat dilihat dapat membantu. 

Namun begitu, dia berpendapat, inisiatif bantuan lain juga seharusnya dipertambah terutama bagi golongan berpendapatan rendah (B40). 

“Saya lihat pihak industri juga memerlukan bantuan dari kerajaan. Seperti industri batik pasca COVID-19, ada berlaku kenaikan harga dengan barangan asas (basic) seperti barang material naik (harga).

“Barang ini dari sumber tempatan sebab itu permintaan tinggi justeru mereka letak harga. Jadi kami juga susah,” katanya. 

Sebelum ini, Getaran melaporkan, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggambarkan Ismail Sabri sebagai seorang lawan yang kuat (formidable) dan Perdana Menteri bersifat pendamai (conciliatory). 

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, imej dibawa Perdana Menteri memberikan gambaran baharu terhadap portfolio pemimpin. - Getaran, 20 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan