web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terap Nilai Keluarga Malaysia Dalam Perkhidmatan Kesihatan, Bentuk Hidup Harmoni - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 3:26PM

Ismail Sabri Yaakob (dua kanan) ketika berucap pada acara perasmian Hospital Bera di sini, hari ini. - Gambar oleh Nik Khaleef Fitri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Semua nilai murni diperkenalkan melalui konsep Keluarga Malaysia perlu diterapkan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tujuan utama kerajaan memperkenalkan konsep itu adalah bagi memastikan seluruh rakyat hidup dalam keadaan harmoni tanpa mengira sentimen agama dan bangsa.

"Konsep ini berpaksikan tiga teras utama iaitu kebersamaan, keterangkuman dan kesyukuran supaya setiap projek dirancang dapat dinikmati semua rakyat.

"Sehubungan dengan itu, saya berharap sikap prihatin, sedia membantu dan bersabar ketika memberi perkhidmatan kesihatan dapat diterapkan oleh semua petugas kesihatan," katanya ketika berucap merasmikan Hospital Bera di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun. 

Hospital yang mula dibina pada tahun 2010 itu siap Jun lalu selepas berdepan pelbagai masalah membabitkan kontraktor asal yang diberi tanggungjawab membina kemudahan berkenaan.

Upacara pecah tanah projek membabitkan peruntukan asal berjumlah RM92.5 juta dilakukan Sultan Pahang, Almarhum Sultan Ahmad Shah pada 6 Februari 2009.

Ismail Sabri berkata, hospital memuatkan 40 katil itu dapat memberi kemudahan kepada kira-kira 150,000 penduduk di daerah Bera. 

Sementara itu, Khairy ketika berucap pada majlis sama berkata, kemudahan dewan bedah bernilai RM9 juta akan dibina di Hospital Bera dalam masa terdekat bagi melengkapkan fasiliti hospital berkenaan. 

Katanya, sepanjang tahun ini, Kementerian Kesihatan sudah menyiapkan dan menyerahkan dua fasiliti kesihatan kepada kerajaan Pahang membabitkan klinik dan kuarters kesihatan Kampung Temai, Pekan pada 1 Julai lalu dan Kampung Chegar Perah, Lipis pada 15 Julai lalu. 

"Selain itu, dua lagi fasiliti kesihatan dijangka dapat disiapkan menjelang hujung tahun ini.

"Projek itu adalah klinik dan kuarters kesihatan bandar Raub yang dijangka siap awal September dan kerja naik taraf bangunan haemodialisis Hospital Raub awal November," katanya. 

Khairy turut mengumumkan fasa pembinaan bagi blok wanita dan kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan yang dijangka dimulakan hujung tahun ini dan dijangka siap pada 2026. - Getaran, 20 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad