web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Tinggi Tak Halang Pati Ceroboh

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 2:18PM

22 Pati Warga Indonesia Ditahan ESSCom. - Gambar dari ESSCom

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Bilangan jangkitan COVID-19 yang tinggi di daerah ini tidak menghalang golongan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari negara jiran untuk menyeludup masuk, demi menyara kehidupan dan keluarga.

Terbaru, seramai 22 PATI dari Indonesia dicekup pihak berkuasa sebaik saja mendarat di pantai Jalan Tawau Lama, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, kesemua 11 lelaki, lapan wanita dan tiga kanak-kanak berusia antara enam hingga 60 tahun itu, dipercayai memasuki negara ini dengan menaiki sebuah bot laju dari Pulau Sebatik bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kehadiran sekumpulan PATI di kawasan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota keselamatan yang sedang melaksanakan Op Cegah Pati (OCP) Sektor Selatan, bergegas ke lokasi bagi melakukan pemantauan dan berjaya menemui mereka.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan perjalanan yang sah,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, semua suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk ke negara ini secara haram,” katanya.

Menurut Ahmad Fuad, kejayaan itu hasil usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menggagalkan usaha PATI yang sering menggunakan lorong tikus untuk menceroboh masuk ke negara ini.

“ESSCom dengan kerjasama semua agensi keselamatan di Pantai Timur Sabah terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan perairan serta daratan, menerusi rondaan dan  pemantauan secara agresif.

“Ia penting dan selaras dengan usaha kerajaan dalam usaha menangani kehadiran PATI di Sabah, termasuk memutuskan penyebaran COVID-19 yang dibawa dari negara jiran,” katanya. - Getaran, 6 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan Lolos: Baki 30 PATI Masih Diburu - Ruslin

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad