Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Bahaya Ikut Trend Makan Tiram Mentah, Ramai Mengadu Alami Keracunan Makan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 8:24PM

Ramai berkongsi pengalaman mereka mengalami cirit-birit selepas makan tiram mentah itu di ruangan komen video tersebut. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini, fenomena makan tiram mentah menjadi keghairahan ramai sehingga ada yang berkongsi video menikmati hidangan makanan laut itu di media sosial.

Terbaru, video aksi seorang personaliti media sosial mencuba sendiri tiram mentah di sebuah medan selera dekat Petaling Jaya, Selangor menjadi tular di media sosial.

Majoriti netizen mempersoalkan kualiti tiram mentah yang dinikmati wanita itu berdasarkan warna isi makanan laut tersebut yang agak meragukan.

Jelas mereka, isi tiram mentah segar kebiasaannya berwarna cerah dan hampir lutsinar, berbeza dengan hidangan dalam video itu yang berwarna gelap.

Tinjauan di ruangan komen video tersebut yang tular di aplikasi TikTok pula mendapati ramai berkongsi pengalaman mereka mengalami cirit-birit selepas makan tiram mentah itu.

“Elok-eloklah siapa yang nak makan tiram ni, aku baru pertama kali cuba, mungkin tiram tak segar atau tak dimasak dengan betul, aku tak tahu. Balik keracunan makanan teruk. Pengalaman teruk, taubat dah,” kata Dxniel.

“Saya pernah makan mentah, malam tu terus keracunan makanan. Sampai empat hari berturut-turut. Sedap tu sedap dah tapi tulah. Tak makan dahlah,” kata pula Nyna.

“Fuh serik dah makan benda alah ni. Satu malam perut sakit kaw, kaw. Pergi klinik cakap keracunan makanan. Taubat tak makan dah. Seksa perut,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Trend itu turut mendapat perhatian Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Labuan yang mendedahkan  keburukan menikmati hidangan itu secara mentah.

Menurut hantaran dimuatnaik di laman Facebook agensi terbabit, tiram mentah berasal dari laut dan terdedah kepada bakteria vibrio parahaemolyticus.

Jurucakap jabatan itu berkata, bakteria itu termasuk dalam kategori bakteria patogenik yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

“Bilangan bakteria ini akan bertambah banyak ketika suhu air meningkat (yang pasti di Malaysia suhu adalah panas).

“Bakteria ini boleh membiak pada kerang-kerangan moluska termasuklah tiram. Apabila ia dimakan mentah atau separuh masak, keracunan makanan boleh berlaku,” katanya.

Menurutnya lagi, selain perlu dimasak dengan sempurna, kaedah penyimpanan tiram juga penting untuk mengekalkan kesegaran dan menghalangnya daripada cepat rosak.

“Anda perlu ambil berat akan risiko memakan tiram mentah. Anda boleh mengalami keracunan makanan di antara 12 hingga 24 jam selepas makan dan berakhir tiga hingga tujuh hari.

“Simptom keracunan makanan adalah seperti cirit-birit, sakit perut, muntah dan demam. Anda dinasihatkan untuk masak tiram dengan sempurna sebelum dimakan,” katanya.

Sementara itu, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri turut terpanggil untuk berkongsi pandangannya mengenai perkara tersebut.

Menurut beliau, hukum memakan tiram secara mentah adalah makruh.

Namun katanya, jika ia boleh memudaratkan kesihatan serta boleh membawa kepada keracunan makanan, maka hukumnya adalah haram.

“Firman Allah:

‎وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَة

Maksudnya: “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.”[11]

“Ayat di atas bermaksud janganlah kamu menyerahkan diri kepada hal-hal yang menyebabkan kebinasaan, akan tetapi lakukanlah untuk diri kamu sebab-sebab yang boleh membawa kepada keselamatan.[12]

 “Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen. Wallahua‘lam,” katanya. - Getaran, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Sabarlah Bro, Orang Lain Pun Lapar Jugak!

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Santai Betul, Tapi Bahaya Tu

3

TARA 6 bulan yang lalu

4 Tempat Makan Menyelerakan Di Kuching, Sarawak

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Memang Ada Kes Keracunan Di SK Cyberjaya - Lukanisman

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Pendidikan 1 hari yang lalu

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

Semasa 15 jam yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas