web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Pekerja Kebun Sayur Warga Myanmar Ditemui Berlumuran Darah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 8:16AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Gara-gara bergaduh dalam keadaan mabuk, seorang pekerja kebun sayur warga Myanmar ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah di dalam pondok kebun di Ayer Hitam Labu, Tronoh Mines, dekat Kampar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu dari pemilik kebun berkenaan kira-kira pukul 7 pagi dan mendapati seorang lelaki tanpa identiti ditemukan mati dalam keadaan terlentang tanpa berbaju dan berseluar pendek hijau.

“Pemeriksaan rambang pada fizikal mangsa mendapati terdapat beberapa kesan hentakan objek tumpul di kepala dan koyakan pada bahagian muka. Turut ditemukan di tempat kejadian adalah sebilah tukul besi dengan kesan darah, sebilah parang berukuran 60 sentimeter dan botol minuman keras berhampiran mayat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasron Nazri berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berpunca dari pergaduhan antara mangsa dan suspek yang dalam keadaan mabuk.

“Suspek dipercayai menggunakan tukul besi sebagai senjata untuk memukul bahagian kepala mangsa,” katanya menambah mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki warga Myanmar berumur 30-an yang juga pekerja kebun sayur berkenaan pada kira-kira pukul 3.30 petang tadi bagi membantu siasatan dan lelaki berkenaan mendakwa suspek telah melarikan diri membawa bersama beg pakaian.

“Tindakan mengesan suspek yang juga rakan sekerja mangsa warga Myanmar serta tiga lagi rakan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

3

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar