web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Rumah Hangus, Lelaki Redah Api Selamatkan Keluarga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 8:59AM

Sorang lelaki melecur di dada dan lengan kirinya dalam kebakaran melibatkan empat rumah separa kayu yang berusia lebih 50 tahun.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang lelaki nekad meredah api untuk menyelamatkan ibu dan kakaknya selepas kediaman keluarganya terbakar dalam kejadian di sebuah penempatan tanah wakaf berhadapan Pangsapuri Bukit Piatu di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu Cheah Wei Liang, 43, yang bekerja sebagai juruteknik turut mengalami melecur di dada dan lengan kirinya dalam kebakaran melibatkan empat rumah separa kayu yang berusia lebih 50 tahun.

“Ketika kejadian, saya berada di rumah sendiri yang tidak jauh dari rumah ibu saya dan jiran memaklumkan ada rumah di sebelah rumah keluarga saya itu terbakar.

“Saya cuba memadamkan kebakaran selepas mereka berdua berjaya keluar menyelamatkan diri namun api merebak dan marak dengan cepat hingga memusnahkan rumah ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini lewat malam tadi.

Katanya yang kini tinggal sehelai sepinggang, sebelum berlakunya kebakaran yang turut menjejaskan tiga lagi rumah, bekalan elektrik di kawasan tersebut mengalami gangguan sekitar 8 malam.

Namun selepas bekalan elektrik pulih kira-kira hampir sejam kemudian, kebakaran tersebut berlaku.

Sementara itu Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran sebuah rumah di kawasan tersebut pada 10.34 malam.

Katanya tiga jentera dan sebuah jentera perkhidmatan perubatan kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan BBP Melaka Tengah dengan kekuatan 34 anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati api dari rumah pertama itu sudah merebak ke rumah kedua, tiga dan empat.

“Bagaimanapun kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain dan semua enam penghuni rumah berusia antara 30-an dan 60-an terselamat sebelum api berjaya dikawal 11 minit kemudian. Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Tambah beliau pihaknya berdepan sedikit cabaran untuk memadam kebakaran kerana jarak rumah berkembar yang rapat antara satu sama lain, sekali gus memudahkan api merebak dengan cepat.

“Struktur binaan kayu menyebabkan api merebak dengan cepat di bahagian atas rumah namun kepantasan bomba berjaya mengelakkan ia merebak ke rumah lain,” katanya sambil menambah punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad