web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hasilkan Dadah Daripada Cendawan Pada Najis Lembu Untuk Tujuan Hiburan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 8:01AM

DCP Zainudin Ahmad bercakap ketika ditemu bual pada Program Ruang Bicara di Wisma Bernama pada 4 April. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kegiatan menghasilkan dadah dengan cara kotor dan jijik seperti daripada cendawan yang tumbuh pada najis lembu untuk digunakan bagi tujuan hiburan.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman DCP Zainudin Ahmad berkata dadah jenis tersebut kebanyakan dalam bentuk cecair sering digunakan dengan dicampurkan ke dalam minuman sewaktu penganjuran parti liar dan di pusat hiburan.

“Najis lembu akan mengeluarkan cendawan dan akan diproses…dadah jenis ini akan membuat mereka yang mengambilnya berhalusinasi.

“Mereka yang mengambil dadah jenis ini akan positif ujian air kencing,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini, malam ini.

Zainudin berkata walaupun penggunaan dadah tersebut masih sedikit dan kurang popular di pasaran tempatan namun pihaknya sentiasa berwaspada dengan permintaan dadah masa kini.

Jelasnya lagi, permintaan terhadap dadah jenis ganja, syabu dan heroin masih mendapat permintaan tinggi.

Sementara itu, mengulas mengenai trend baharu pengedaran dadah ketika negara dilanda pandemik COVID-19, Zainudin berkata sindiket kini semakin aktif menggunakan perkhidmatan e-hailing, kurier dan e-dagang untuk meneruskan aktiviti mereka.

Menurutnya, sejak 18 Mac tahun lepas sehingga semalam, pihaknya telah membuat 156 tangkapan yang melibatkan penghantar dan penerima iaitu e-hailing (40 tangkapan), kurier (100) dan e-dagang (16).

“Kita bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan kurier dan mereka akan melaporkan jika terdapat maklumat pada barangan yang mencurigakan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad