web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Naib Canselor Universiti UCSI Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 7:51AM

Datuk Dr Khalid Yusoff - Gambar dari UCSI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden dan Naib Canselor Universiti UCSI (UCSI) Profesor Kanan Datuk Dr Khalid Yusoff, 66, meninggal dunia tengah hari semalam di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Kumpulan UCSI Datuk Peter Ng dalam kenyataannya hari ini memaklumkan universiti itu merakamkan ucapan takziah atas kehilangan besar dalam bidang akademik Malaysia dan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang tidak akan ‘berpuas hati’ dengan kejayaan.

“Beliau telah memberi kesan mendalam terhadap pengalaman pelajar UCSI. Beliau sendiri menguruskan kerjasama dengan Universiti Harvard untuk memperkasakan pelajar perubatan kita dengan peluang mengikuti program penyelidikan berimpak tinggi di universiti terbaik dunia,” katanya.

Allahyarham memainkan peranan penting dalam meningkatkan kedudukan UCSI dan sejak beliau menerajui universiti itu pada 2013, UCSI telah menerima pelbagai pengiktirafan akademik selain berjaya mewujudkan kerjasama strategik dengan universiti terkemuka dunia termasuk Universiti Harvard.

Di bawah kepimpinannya juga, UCSI muncul sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia dua tahun berturut-turut bagi QS World University Rankings 2019 dan 2020 malah pencapaian bagi Penarafan Bersepadu Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Setara) 2018/2019, UCSI berjaya mencapai 5 bintang sebagai Universiti Matang.

Allahyarham mendapat latihan sebagai pakar kardiologi yang memulakan karier perubatannya sebagai pelajar di Universiti Melbourne, Australia sebelum menjalani latihan di Universiti Newcastle-upon-Tyne, United Kingdom. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

KPT Umum Pelantikan Naib Canselor UM, UiTM, UMPSA

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lepasan UM Didenda RM5,000 Akibat Protes Pada Majlis Konvokesyen

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Noor Hisham Dilantik Sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan USCI

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

UMP Kini Dikenali Sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar