web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMP Kini Dikenali Sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 1:41PM

Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini dijenamakan sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Naib Canselor UMP Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata penggunaan logo dan nama UMPSA sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengikut Warta Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa 14 April lalu.

Beliau berkata penjenamaan selepas 21 tahun penubuhan tatkala di puncak kejayaan, bertepatan dengan visi menjadi universiti teknologi terunggul. 

Katanya, pertukaran nama itu tidak mengubah bidang fokus utama universiti, program pengajian serta enrolmen, selaras matlamat penubuhannya.

“Penjenamaan ini akan terus merealisasikan aspirasi kecemerlangan yang dicapai menerusi pemerkasaan akademik, pengantarabangsaan dan hasil penyelidikan berimpak serta menghasilkan graduan cemerlang untuk menjadi modal insan berkualiti dalam memacu pembangunan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Bermula sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) yang diwartakan pada 16 Feb 2002, kerajaan mengumumkan pertukaran nama institusi itu kepada UMP berkuat kuasa 1 Feb 2007.

Yuserrie berkata, kebolehpasaran graduan UMPSA membanggakan apabila mencapai 98.67 peratus yakni antara tertinggi di Malaysia dan dengan penjenamaan itu ia akan membina keterlihatan, reputasi dan keupayaan, seiring perkembangan serta pencapaiannya yang diiktiraf dunia. 

Selain itu, katanya UMPSA menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan kejuruteraan dan teknologi yang berupaya memperkaya ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) tahap tinggi di negara ini.

Dalam masa sama, beliau berkata universiti itu sentiasa berusaha untuk memperkenalkan teknologi serta amalan kelestarian kepada masyarakat selain mendidik serta menjadi suri teladan mengenai prinsip kelestarian.

Tambahnya, sebagai universiti terbaik dalam rangkaian universiti teknikal Malaysia (MTUN), UMPSA komited melaksanakan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) serta amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang baik. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Menteri Perlu Jalankan Tugas Dengan Integriti, Utamakan Kepentingan Rakyat - Agong

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Miliki Potensi Besar Dalam Teknologi Blok Rangkaian - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

KPT Umum Pelantikan Naib Canselor UM, UiTM, UMPSA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam