web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPT Umum Pelantikan Naib Canselor UM, UiTM, UMPSA

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 8:59PM

gambar FB Kementerian Pendidikan Tinggi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini mengumumkan pelantikan naib canselor baharu bagi Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), manakala pelantikan semula Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah (UMPSA).

Datuk Seri Prof Dr Noor Azuan Abu Osman dilantik sebagai Naib Canselor UM yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 6 November ini.

KPT dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan itu berdasarkan reputasi kepimpinan yang baik dan pengalaman pentadbiran Noor Azuan yang luas di peringkat institusi.

"Kementerian yakin dengan pelantikan ini beliau berkemampuan untuk memperkukuhkan peranan UM sebagai institusi keilmuan ulung dalam melahirkan bakat intelektual untuk memenuhi keperluan pembangunan negara," katanya.

Noor Azuan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) dari University of Bradford, United Kingdom, Sarjana Sains dan Doktor Falsafah dalam bidang Biokejuruteraan di University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, adalah Felo Akademi Sains Malaysia serta pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Akademik Negara (AAN) pada 2022.

Dalam kenyataan berasingan, KPT turut mengumumkan pelantikan Datuk Prof Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin sebagai Naib Canselor UiTM bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan dari Purdue University West Lafayette, Amerika Syarikat sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Pemprosesan Selari di University of Sheffield, United Kingdom.

"Beliau (Shahrin) memiliki reputasi akademik yang sangat dihormati di dalam dan luar negara, sekali gus mampu meningkatkan keterlihatan universiti dalam memacu kecemerlangan UiTM khususnya dalam era teknologi pengganggu hari ini," katanya.

Dalam satu lagi kenyataan, KPT mengumumkan pelantikan semula Datuk Prof Dr Yuserrie Zainuddin sebagai Naib Canselor UMPSA bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa 1 November.

Menurut KPT, pelantikan semula ini bagi membolehkan Yuserrie meneruskan perancangan untuk memacu UMPSA sebagai sebuah universiti teknikal yang berteraskan teknologi dan kejuruteraan khususnya dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri.

"Kementerian yakin dengan pelantikan semula Yuserrie sebagai Naib Canselor UMPSA dapat memperkasakan sistem kemahiran nasional melalui pendekatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termaju hasil sinergi dengan pemain industri dan pihak berkepentingan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pentaskan Teater Ada Babak Tak Senonoh, UM Mohon Maaf Isu ‘Soft Porn’

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad