web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Kekal Melebihi 3,000 Kes, 15 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 10:23AM

Angka jangkitan COVID-19 kekal melebihi paras 3,000 kes dengan 3,516 kes direkodkan semalam berbanding 3,429 kes kelmarin. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 kekal melebihi paras 3,000 kes dengan 3,516 kes direkodkan semalam berbanding 3,429 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,744,929 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 3,513 kes tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak 15 lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan empat kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi direkodkan di Johor dengan empat kes, masing-masing tiga kes di Melaka dan Perak, dua kes di Sabah manakala setiap satu kes di Pahang, Sarawak dan Selangor.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 36,117 setakat ini dengan 7,676 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 41,701 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96 peratus atau 40,034 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 41 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,534 orang atau 3.7 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 92 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 49 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 2,541 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,667,111 kes. - Getaran, 18 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi