web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hina Mahkamah: Lokman Adam Diberi Amaran Terakhir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 7:00AM

Lokman Noor Adam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi amaran terakhir kepada bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam selepas mendapati beliau bersalah menghina mahkamah kerana menyebut perkataan ‘bodoh’ semasa perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan Yayasan Akalbudi.

Sebelum mengeluarkan amaran itu, Hakim Datuk Collin Sequerah memberi peluang kepada Lokman, 49, untuk membersihkan penghinaan itu dengan memohon maaf tanpa sebarang syarat.

"Isu yang timbul adalah perkara serius. Lokman sudah memohon maaf kepada mahkamah. Ini amaran terakhir dan tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap Lokman," katanya.

Terdahulu, Lokman membuat permohonan maaf itu dari kandang saksi kepada semua pihak yang berkenaan. 

“Saya mohon maaf secara suci hati tanpa sebarang syarat kepada pihak Yang Arif, mahkamah dan semua pihak terlibat dan saya berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi.

“Sekiranya saya masuk ke mahkamah pada bila-bila masa, saya akan ikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Lokman telah diberikan notis tunjuk sebab kerana menghina mahkamah oleh Sequerah berhubung tindakannya menghalang penjawat awam dan mendakwa sistem perundangan negara tidak adil semasa perbicaraan Ahmad Zahid pada 30 Jun lepas. 

Diminta menjelaskan insiden itu pada prosiding hari ini, Lokman berkata ketika itu beliau mencatat nota berhubung perbicaraan Ahmad Zahid menggunakan aplikasi ‘Notes’ di telefon bimbitnya.

“Kemudian, seorang polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Walter datang berjumpa saya dan meminta supaya saya tidak menggunakan telefon bimbit. Saya tunjuk kepada beliau dengan cara bahawa saya sedang mencatat nota,” katanya.

Tidak berpuas hati dengan teguran anggota polis itu, Lokman mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ kerana tidak membenarkan beliau menggunakan telefon bimbitnya untuk mencatat nota sedangkan orang lain dibenarkan berbuat demikian menggunakan komputer riba.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Izalina Abdullah manakala peguam K. Balaguru dan S. Velan mewakili Lokman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Dana 1MDB: Pendakwaan Dibenar Pinda 3 Pertuduhan Terhadap Najib

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Karut, Jho Low Tidak Pernah Masak Pasta Untuk Keluarga Saya - Zeti 

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad