web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


e-placement Untuk Pegawai Jawatan Tetap Dibuka Pertengahan September

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 3:12PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka sistem e-placement iaitu e-Housemen, e-Dentist dan e-Pharmacist  mulai pertengahan September (2022) bagi membolehkan pegawai membuat pemilihan sendiri penempatan secara dalam talian berikutan tawaran pelantikan secara tetap.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pemakluman mengenai tarikh sistem tersebut mula dibuka akan dikemukakan kepada pegawai satu minggu lebih awal menerusi e-mel.

“Tarikh kuat kuasa untuk pegawai melapor diri bertugas pula ditetapkan pada 17 Oktober 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy berkata seramai 4,053 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi yang ditawarkan lantikan tetap boleh memuat turun surat tawaran pelantikan secara tetap daripada portal Sistem Tawaran Pelantikan (MySTP) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mulai 29 Ogos,

Khairy berkata pengambilan seramai 4,053 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi itu merupakan urusan pengambilan jawatan tetap yang terbesar dilaksanakan sejak pelantikan secara kontrak bagi jawatan tersebut diperkenalkan pada 2016. 

Pelantikan 4,053 pegawai itu melibatkan 3,215 pegawai perubatan, 438 pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi.

Khairy berkata pengambilan jawatan tetap itu juga merupakan perjawatan tetap tambahan yang pertama kali dilaksanakan sejak 2015.

Untuk rekod, beliau berkata sejak Dasar Pengoptimuman Sumber Manusia dalam Perkhidmatan Awam dan Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam mula dilaksanakan pada 2015, tiada perjawatan baharu diluluskan melainkan dibuat secara tukar ganti dengan perjawatan kosong sedia ada.

Khairy berkata selain perwujudan jawatan tetap tambahan pada tahun ini, kerajaan juga telah bersetuju untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 1,500 perjawatan tetap tambahan melibatkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi pada setiap tahun bermula 2023 sehingga 2025.

Kerajaan juga telah bersetuju sebanyak 800 jawatan tetap pakar perubatan dan 70 pakar pergigian diwujudkan di KKM setiap tahun mulai tahun hadapan bagi menampung keluaran pakar perubatan tetap di fasiliti kesihatan di bawah KKM, katanya.

Khairy berkata bagi pegawai yang tidak dilantik secara tetap, perkhidmatan kontrak mereka masih diteruskan mengikut kontrak berkuat kuasa.

Bagi yang sedang berkhidmat di bawah khidmat wajib pula, mereka akan ditawarkan pelantikan semula secara kontrak selama dua tahun lagi selepas kontrak khidmat wajib tamat bagi tujuan kesinambungan perkhidmatan dan selain itu, mereka juga berpeluang dilantik semula secara kontrak selama empat tahun lagi bagi mengikuti pengajian kepakaran.

Khairy berkata pegawai yang tidak dilantik secara tetap pada kali ini masih berpeluang untuk memohon semula dalam urusan pengambilan secara tetap pada tahun hadapan. 

KKM pada Februari lepas mengumumkan keputusan Jemaah Menteri untuk mewujudkan sejumlah 4,186 perjawatan tetap tambahan pada 2022 yang melibatkan 3,586 jawatan pegawai perubatan, 460 jawatan pegawai pergigian dan 400 jawatan pegawai farmasi.

Susulan daripada keputusan itu, iklan pengambilan secara tetap pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi telah dikeluarkan mulai 1 Mac 2022 hingga 15 Mac 2022, manakala urusan temu duga telah dilaksanakan mulai 8 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar