Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pendekatan Responsif, Bertanggungjawab Pulihkan Ekonomi Penunjuk Utama Kejayaan - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 11:43AM

Ekonomi negara berkembang 8.9 peratus bagi suku kedua tahun ini yang merupakan yang terbaik di Asia Tenggara. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendekatan responsif dan bertanggungjawab dalam memulihkan ekonomi negara selepas pandemik COVID-19 menjadi penunjuk utama kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepanjang tempoh setahun pentadbiran beliau, kata ahli-ahli ekonomi.  

Ekonomi negara berkembang 8.9 peratus bagi suku kedua tahun ini yang merupakan yang terbaik di Asia Tenggara. Pertumbuhan pesat itu adalah hasil daripada keputusan kerajaan untuk membuka semula semua sektor ekonomi dan sempadan negara, yang seterusnya memulihkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia. 

Kadar pengangguran turun kepada 3.8 peratus daripada 4.3 peratus sebelumnya.

Jumlah perdagangan luar melebihi RM2 trilion pada 2021 -- kadar pertumbuhan terpantas sejak 1994 dan pada Jun 2022, perdagangan luar meningkat 43.3 peratus tahun ke tahun kepada RM270.4 bilion -- pertumbuhan dua angka selama 17 bulan sejak Februari 2021. 

Profesor Emeritus Barjoyai Bardai daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) berkata Perdana Menteri berani mengambil langkah drastik dalam memperkenalkan inisiatif bagi membantu Keluarga Malaysia dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk pulih kembali. 

Beliau berkata pelaksanaan inisiatif seperti SemarakNiaga, Malaysia Digital dan JaminKerja membantu transformasi ekonomi negara ke arah sistem digital dan membuka lebih banyak peluang bagi Keluarga Malaysia untuk bangkit kembali dalam keadaan ekonomi global yang tidak stabil.

“Selain itu, satu daripada pencapaian utama Perdana Menteri adalah kejayaan melaksanakan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang yang secara langsung menstabilkan situasi politik negara dan membuka laluan bagi pemulihan ekonomi yang konsisten.

“Perdana Menteri dilihat sebagai seorang pemimpin yang berani dalam memperkenalkan dasar baharu di luar tradisi pemimpin daripada kerajaan-kerajaan sebelum ini,” katanya kepada Bernama. 

Dasar responsif dalam mengawal inflasi 

Menurut Barjoyai, kadar inflasi di negara ini sebanyak 3.4 peratus -- antara yang terendah di rantau ini -- merupakan antara hasil daripada usaha kerajaan untuk memastikan pemulihan ekonomi berjalan lancar di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global.

Beliau berkata usaha kerajaan mengagihkan subsidi berjumlah RM77.7 bilion pada tahun ini adalah tepat pada masanya dalam mengawal inflasi di negara ini daripada terus terjejas berikutan peningkatan inflasi global.

“Bayangkan jika subsidi petrol dan diesel dimansuhkan, walaupun kerajaan berjaya menjimatkan kira-kira RM35 bilion, impak daripada kenaikan harga barang akan ketara berikutan ia akan terjejas oleh kos logistik dan pengangkutan.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah tepat, kita hanya perlu memikirkan strategi holistik yang baharu untuk tidak hanya bergantung kepada subsidi secara keseluruhan pada masa depan,” katanya.

Pendapat beliau senada dengan seorang ahli ekonomi yang juga bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Zakariah Abdul Rashid, yang berkata bahawa pembaharuan struktur ekonomi diperlukan untuk memastikan pendapatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia terus stabil.

Tanggungjawab terhadap PKS

Zakariah berkata usaha untuk memperkukuh pemulihan ekonomi negara, memastikan PKS terus berdaya saing dan dapat membina semula, seterusnya menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi juga menjadi agenda penting yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Pengenalan inisiatif SemarakNiaga bernilai RM40 bilion terdiri daripada pelbagai langkah untuk membantu perniagaan pulih dengan segera adalah tepat pada masanya.

“PKS termasuk perusahaan mikro mewakili sejumlah besar daripada organisasi dalam sistem ekonomi negara. Dalam proses pemulihan ini, Perdana Menteri telah memberikan banyak perhatian kepada kumpulan ini.

“Ini termasuk pemberian subsidi yang membantu perniagaan mengekalkan daya tahan mereka dalam menghadapi cabaran ekonomi global,” katanya.

Kesejahteraan Keluarga Malaysia pada masa depan

Dalam usaha menggalakkan penciptaan pekerjaan, kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri telah melaksanakan program JaminKerja dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion, yang menyasarkan kewujudan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun ini.

Kadar pengangguran pada April dan Mei 2022 kekal pada 3.9 peratus -- lebih rendah berbanding unjuran 4 peratus pada tahun ini, berbanding kadar pengangguran tertinggi pada 5.3 peratus yang dicatatkan pada Mei 2020.

Pada 2021, kerajaan menyasar mewujudkan 500,000 pekerjaan. Bagaimanapun, 558,633 pekerjaan telah berjaya diwujudkan melalui pelbagai inisiatif termasuk konsep pendekatan keseluruhan negara.

Mengulas mengenai isu pekerjaan, pensyarah di Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata inisiatif kerajaan ke arah memperkukuh peluang pekerjaan mampu memberikan manfaat besar kepada rakyat pada masa depan.

Beliau berkata, dalam keadaan kebanyakan sektor ekonomi telah dibuka kembali, usaha untuk melahirkan lebih banyak pekerjaan dapat membantu meningkatkan proses pemulihan ekonomi negara.

“Menawarkan lebih banyak pekerjaan dengan gaji lebih baik dalam sektor perladangan akan turut memastikan kekurangan buruh di negara ini dapat ditangani, seterusnya meningkatan produktiviti dan pengeluaran barangan untuk dieksport.

“Bagi menyediakan pekerjaan yang mampu bertahan, kerajaan boleh meneroka bidang baharu pekerjaan yang diintegrasikan dengan teknologi baharu, seiring dengan usaha untuk melahirkan masyarakat yang berkemahiran dan berpendapatan tinggi,” menurut Abu Sofian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 19 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

KEB 2024 Perlihat Agenda Perkasakan Ekonomi Bumiputera Tanpa Pinggirkan Kaum Lain

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kadar Tambang Bas Ekspres Eksekutif, Ekonomi Ikut Jadual Tambang - APAD

4

Ekonomi 2 bulan yang lalu

KEB 2024 Perlu Jadi Penggerak Kerangka Agenda Bumiputera - PM

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Luar Negara 1 hari yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Semasa 7 jam yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran