web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Doktor Gigi Palsu: Pelanggan Berisiko Dijangkiti Penyakit Serius, Maut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 1:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang menggunakan perkhidmatan doktor pergigian tidak bertauliah, berisiko terdedah kepada jangkitan pelbagai penyakit serius, sehingga boleh membawa kematian.

Pakar Pergigian Pediatrik, Dr Nazatul Sabariah Ahmad berkata, antara penyakit yang boleh dijangkiti individu terbabit adalah HIV, Hepatitis B, Hepatitis C dan penyakit bawaan udara, seperti Tuberculosis (Tibi) atau batuk kering.

Katanya, risiko itu wujud kerana pengetahuan kurang dalam diri doktor pergigian tidak bertauliah untuk mengendalikan ‘proses rawatan’, sekali gus menyebabkan aspek kawalan jangkitan penyakit dan kaedah pembasmian kuman yang betul gagal diberi perhatian sebaiknya.

“Ilmu ‘nipis’ dalam kalangan doktor pergigian tidak bertauliah atau ‘doktor gigi palsu’ ini menimbulkan risiko penyakit yang bukan sahaja mengancam keselamatan penerima perkhidmatan, malah doktor itu sendiri.

“Kekurangan ilmu atau tiada ilmu langsung dalam kalangan doktor gigi palsu ini mengenai perubatan pergigian, meningkatkan risiko penyakit dan boleh mengancam nyawa individu yang tegar mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

“Antara bahaya daripada perkhidmatan ditawarkan doktor gigi palsu ini adalah risiko terhadap keselamatan dan kesihatan individu apabila komplikasi akibat proses dilakukan tidak dapat dikawal, malah merumitkan keadaan jika ia harus ditangani pegawai perubatan sebenar, sehingga boleh memudaratkan kesihatan dan meningkatkan kos rawatan,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kewujudan doktor gigi palsu atau pegawai perubatan pergigian tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) yang didakwa semakin banyak umpama ‘cendawan tumbuh selepas hujan’.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini dilaporkan berkata, KKM tidak akan berkompromi dengan mana-mana doktor pergigian tidak berdaftar yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada individu.

Beliau menegaskan, perkhidmatan pergigian seharusnya hanya dijalankan pegawai kesihatan yang sudah menjalani latihan, mempunyai kelayakan dan berdaftar dengan KKM.

Dr Nazatul Sabariah berkata, individu ditipu doktor gigi palsu akan mengalami kerugian apabila perlu membayar bayaran perkhidmatan, selain mungkin berdepan kesan negatif kekal terhadap kesihatan.

Ditanya mengapa individu sanggup ‘serah diri’ untuk menggunakan perkhidmatan itu, beliau berpendapat ia disebabkan tahap kesedaran kurang untuk membezakan antara pegawai perubatan pergigian bertauliah dengan ‘doktor palsu’ terbabit.

Menurutnya, sikap masyarakat yang masih tidak mempunyai kesedaran tinggi terhadap undang-undang sedia ada yang berkaitan kesihatan pergigian, khususnya membabitkan perkhidmatan doktor palsu itu, menyebabkan mereka terjerat.

“Saya ingin menegaskan bahawa ada undang-undang khas di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), iaitu kesalahan untuk menyediakan klinik pergigian atau klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan di bawah akta ini.

“Malah ada juga peruntukan di bawah Akta Pergigian 2018 (Akta 804) yang mengatakan adalah menjadi kesalahan untuk amalan pergigian dilakukan individu tidak berdaftar.

“Menjadi kesalahan jika klinik perubatan swasta serta klinik pergigian swasta tidak mendaftar dengan KKM dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Justeru, Dr Nazatul Sabariah menegaskan, sangat penting untuk individu mendapatkan perkhidmatan daripada pegawai perubatan pergigian bertauliah dan klinik berdaftar dengan KKM kerana ia memberi kebaikan kepada pengguna itu sendiri, termasuk membuat aduan kepada Majlis Pergigian Malaysia sekiranya terdapat komplikasi terhadap rawatan diberikan.

“Bagi mengetahui senarai pendaftaran pengamal pergigian berdaftar, ia boleh disemak menerusi laman sesawang Majlis Pergigian Malaysia di mdc.moh.gov.my atau dpims.moh.gov.my,” ujarnya.

Bagi Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, usaha komprehensif sudah dilaksanakan pihak kerajaan bagi membendung kegiatan pegawai perubatan pergigian tidak bertauliah, namun mungkin isu terbabit boleh diatasi dengan menambah baik aspek penguatkuasaan.

“Kegiatan pengamal perubatan pergigian ‘haram’ yang berleluasa ketika ini perlu ditangani secara bersama.

“Usaha ini bukan hanya bergantung kepada pihak kerajaan, malah masyarakat yang perlu lebih peka dan bertanggungjawab berhubung bahaya perkhidmatan pergigian palsu berkenaan,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kos rawatan lebih rendah ditawarkan doktor pergigian palsu, berbanding harga ditetapkan di klinik menawarkan perkhidmatan terbabit yang diiktiraf KKM, berkemungkinan mendorong masyarakat memilihnya.

“Bayaran lebih rendah dan tempoh proses rawatan pergigian yang cepat, selain promosi berkesan serta dihebahkan pelanggan pernah mendapatkan perkhidmatan pegawai perubatan tidak diiktiraf ini, boleh menjadi antara faktor menarik minat individu.

“Keuntungan tinggi dan permintaan menggalakkan daripada orang ramai, menyebabkan doktor pergigian palsu ini ‘tegar’ menawarkan perkhidmatan itu,” katanya. - Getaran, 16 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 16 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Kecoh, Statistik Jenayah Seksual Babit Kanak-Kanak Di Kelantan Cetus Pertikaian

oleh Sophia Ahmad