web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lonjakan Kos Sara Hidup Beri Kesan, Keluarga Tentera Akui Terbeban

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 9:00AM

Walaupun sektor awam seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berdepan pemberhentian pekerja, namun ia bukan jaminan kedudukan ekonomi isi rumah anggota tentera tidak terjejas. - Gambar hiasan dari Petra News

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cabaran ekonomi yang melanda Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan bermula 18 Mac 2020 telah memberi kesan kepada seluruh rakyat.

Kini, negara sedang berada dalam fasa pemulihan ekonomi, menerusi kewujudan pelbagai inisiatif dan bantuan, khususnya dari aspek kewangan.

Walaupun sektor awam seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berdepan pemberhentian pekerja, namun ia bukan jaminan kedudukan ekonomi isi rumah anggota tentera tidak terjejas.

Adakah pendapatan mereka mencukupi? Apakah isi rumah mereka tidak terkesan dengan lonjakan kos sara hidup mutakhir ini, khususnya dengan kenaikan harga minyak dan bahan mentah seperti ayam?

Isteri seorang anggota tentera, Lisya (bukan nama sebenar) berkata, perbelanjaan mereka sekeluarga meningkat sehingga 40 peratus, susulan kenaikan kos sara hidup berkenaan.

Jelas ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia sebelum ini mampu membeli pelbagai bahan mentah dengan nilai RM300.

“Perbelanjaan kami sekeluarga memang dapat dijimatkan sebelum ini, apatah lagi kediaman sudah disediakan oleh pihak ATM.

“Sekarang mahu atau tidak, saya perlu berbelanja sehingga RM400 hanya untuk membeli barangan keperluan harian, termasuk melayan permintaan anak yang mahukan makanan ringan dan sebagainya,” katanya.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana pendapatan diterima suami masih mampu menampung kehidupan mereka sekeluarga, walaupun pada masa sama amat terkesan dengan lonjakan harga yang begitu ketara.

Ditanya mengenai penubuhan Perwira Niaga (PERNAMA) sebagai platform untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga rendah, Lisya memberitahu, pilihan yang terhad menyebabkan mereka masih perlu membeli di pasar raya luar.

“Ya, memang harga barang di PERNAMA itu murah, tetapi barang keperluan dapur tidak begitu lengkap. Kena beli juga di pasar raya luar dan pastinya harga menjadi lebih mahal,” ujarnya.

Atas faktor itu jelas Lisya lagi, dia hanya membeli barang di PERNAMA apabila suaminya perlu bertugas di luar daerah.

“Dalam keadaan semuanya serba meningkat sekarang, saya lebih mengutamakan apa yang perlu sahaja dan elakkan untuk menambah apa-apa komitmen baharu. Setakat ini Alhamdulilah, pendapatan suami cukup sahaja,” tambahnya.

Bagi membantu menambah pendapatan, dia juga menjalankan perniagaan sampingan dengan menjual kek dan kuih dari rumah.

“Zaman sekarang banyak cara nak buat income sendiri untuk tolong suami. Bukanlah tidak cukup wang yang diberikan oleh suami tetapi sekadar nak buat duit tambahan,” katanya, tersenyum.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi isteri anggota yang hanya mahu dikenali sebagai Matun berkata, mereka sekeluarga amat terkesan dengan lonjakan kesemua kos berkenaan, apatah lagi anak-anaknya masih bersekolah.

“Saya juga ada bayi yang baru berusia dua bulan, dan sememangnya memerlukan pelbagai barangan seperti susu atau lampin pakai buang.

“RM100 sekarang dapat beli beras dan minyak sahaja, yang lain-lain barang dah tak cukup. Pendapatan suami pula tak cukup sebab dia ada pelbagai komitmen lain. Tetapi bolehlah setakat lepas belanja harian,” keluhnya.

Jelas Matun, dia seboleh mungkin mengelak daripada membuat sebarang bentuk pinjaman kerana suaminya sedia memiliki pelbagai komitmen lain, termasuk kad kredit.

“Itu sahaja sudah terasa bebannya, malah saya juga cuba untuk mengelak daripada membuat pinjaman PERNAMA,” katanya.

Sama seperti Lisya, Matun memberitahu mereka sekeluarga ketika ini tidak terlepas daripada berdepan hutang liabiliti seperti kereta dan motosikal.

“Alhamdulillah, walaupun terasa dengan kenaikan kos, saya tetap bersyukur kerana suami masih mampu bekerja dan menanggung keperluan keluarga,” akuinya.

Sememangnya peningkatan kos amat membebankan rakyat berpendapatan rendah, dan kerajaan perlu mengambil pendekatan holistik pada kadar segera bagi mengelakkan golongan itu terus dibebani.

Pekerjaan tetap dan gaji bulanan diterima bukan lagi satu jaminan untuk satu kehidupan yang selesa kerana hakikatnya, jurang pendapatan antara golongan B40 dan T20 amat ketara.

Dalam keadaan negara bakal berdepan pilihan raya umum (PRU) yang dijangka diadakan tidak lama lagi, ada baiknya pihak berwajib memandang serius isu ini, sebelum sokongan dimiliki membawa rebah. – Getaran, 16 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kisah Truper Indiran Inspirasi Semangat Patriotisme Rentas Kaum

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Malek Razak Dilantik PAT Baharu

4

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Arah ATM Siasat Kegiatan Tidak Bermoral Di Kem Tentera

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi