web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harga Ayam, Telur, Minyak Masak Botol Dijangka Naik Mulai Julai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 6:55PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kawalan harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) tidak diteruskan mulai 1 Julai ini, umum Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan sesi libat urus dengan pemegang taruh industri ayam di sini hari ini, Nanta berkata langkah itu dilaksanakan untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dan dalam jangka masa panjang pula dapat menstabilkan harga.

“Harga ayam akan diapungkan dan akan tertakluk kepada kuasa pasaran. Golongan memerlukan akan dibantu nanti dengan bantuan wang tunai bersasar,” katanya maklumat lanjut mengenai bantuan wang bersasar itu akan dibuat Kementerian Kewangan.

Pada masa ini kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berkuat kuasa 1 Julai, Putrajaya tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam. Susulan penamatan subsidi itu, pihak penternak dilaporkan berharap kerajaan mengapungkan harga ayam.

Nanta dalam sidang media itu memaklumkan, subsidi minyak masak dalam bungkusan polibeg satu kilogram dan ditawarkan kepada pengguna pada harga RM2.50 sepeket, masih diteruskan.

Mengenai pemansuhan subsidi minyak masak sawit tulen itu dalam kemasan botol itu, beliau berkata subsidi barangan tersebut mencecah RM20 juta sebulan.

“Program ini adalah program sementara dan sepatutnya dilaksanakan dalam masa tiga bulan tetapi ia diteruskan hingga hari ini.

“Oleh itu, kerajaan rasakan sudah tiba masanya ia dimansuhkan supaya kerajaan boleh lebih fokus untuk bantu golongan memerlukan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol berkuat kuasa 1 Ogos tahun lepas, dengan jaminan pengguna akan mendapat minyak masak di bawah harga RM30 untuk botol lima kilogram.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit dalam kemasan botol  lima kilogram adalah pada harga RM29.70 sebotol, botol satu kilogram (RM6.70), dua kilogram (RM12.70) dan tiga kilogram (RM18.70).

Dalam sesi libat urus hari ini, Nanta berkata pemain industri ayam memberi jaminan yang kenaikan harga ayam tidak akan naik secara mendadak.

“Yang menarik untuk diterima adalah komitmen industri ini untuk bantu kerajaan dalam memastikan pengguna mendapat harga dan bekalan keperluan khususnya ayam, dengan harga berpatutan dan stabil,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa KPDNHEP akan mengambil tindakan mengikut peraturan sedia ada, sekiranya terdapat pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara berlebihan.

“KPDNHEP akan gunakan akta anti pencatutan dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan terhadap pemain industri jika langgar peraturan sedia ada,” katanya.

Ditanya adakah subsidi tepung akan dimansuhkan, beliau berkata subsidi barangan itu masih diteruskan ketika ini dan ia tidak dimansuhkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

RON97 Turun 20 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 15 Sen

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad