web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Kes Harian Baharu Kembali Meningkat, Catat 4,334 Kes, 10 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Aug 2022 12:20PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 meningkat apabila merekodkan 4,334 kes semalam, berbanding 3,943 kes kelmarin.

Angka baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia adalah 4,732,502 kes setakat semalam.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 4,328 kes tempatan dan enam kes import.

Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan kes jangkitan COVID-19 dengan 1,830 kes, disusuli Kuala Lumpur (829), Sabah (328), Perak (284), Melaka (167) dan Sarawak (152.

Pulau Pinang pula mencatatkan 134 kes, diikuti Negeri Sembilan (119), Putrajaya (104), Kedah (101), Johor (82), Pahang (74), Kelantan (64), Terengganu (44), Perlis (13) dan Labuan (9).

Kes kematian membabitkan jangkitan virus itu semalam adalah 10 kes, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Jumlah itu menjadikan angka kematian akibat pandemik berkenaan meningkat kepada 36,080 kes, termasuk 7,669 kes BID setakat kini.

Sebanyak 44,617 kes aktif direkodkan setakat ini dengan 42,926 kes atau 96.2 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, 28 kes (0.1 peratus) ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 1,595 kes (3.6 peratus) menerima rawatan di hospital.

Manakala 68 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 44 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data menunjukkan, 5,082 kes sembuh direkodkan semalam, menjadikan sebanyak 4,651,805 kes pulih dicatatkan sejak virus itu direkodkan di Malaysia. - Getaran, 14 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad