web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Undi 18; Platform Anak Muda Tawarkan Politik Segar - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 6:54AM

Tengku Zafrul - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Pelaksanaan Undi 18 dilihat sebagai platform anak muda untuk membuktikan mereka mampu menawarkan wadah baharu politik yang lebih segar, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul berkata golongan ini juga mampu mengubah gaya politik tradisional, namun perlu mempunyai pemahaman terhadap isu semasa untuk mereka membuat pilihan yang bijak, demi masa hadapan negara.

“Pada masa sama, Undi 18 dilihat dapat memberi peluang kepada golongan muda untuk terlibat aktif, dalam membuat keputusan berkenaan masa depan negara.

“Mungkin selepas ini kita boleh melihat lebih ramai golongan muda menjadi pemimpin, baik di peringkat Persekutuan atau negeri.

“Undi 18 juga mampu melahirkan bakal pemimpin yang matang dan berkualiti. Penurunan umur minimum mengundi, dilihat mampu memberi lebih masa kepada golongan muda mendekati dan mendalami arena politik dan kepimpinan negara,” katanya dalam ucapan perasmian Sambutan Hari Belia Negara peringkat Selangor 2022 di Stadium Utama Kuala Selangor, semalam.

Tengku Zafrul berkata apabila terdapat ramai wakil golongan muda dalam arena politik, sudah pasti suara generasi ini akan lebih didengari.

“Ruang dan platform ini juga berupaya melihat lebih ramai golongan muda akan terlibat aktif dalam membuat keputusan berkenaan masa depan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata keadaan pandemik COVID-19 telah mewujudkan peningkatan bilangan usahawan muda dan kebergantungan perniagaan kepada teknologi pendigitalan, khususnya ekonomi gig.

“Penglibatan anak muda belia dalam industri digital ini, berupaya memberikan rangsangan ekonomi dan sumbangan idea yang baharu kepada kerajaan dan generasi milineal ini tidak lagi mengharapkan penggantungan kepada ekonomi dan pekerjaan tradisional,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata sambutan Hari Belia Negara peringkat Selangor yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu, turut menyediakan segmen ‘Y-Career’ iaitu pameran kerjaya yang melibatkan lebih 26 buah syarikat menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan kepada anak tempatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Zafrul Nafi Tahu Dakwaan Sumbangan Politik Jana Wibawa

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 38 minit yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar