web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gabungan Kerjasama Pelbagai Pihak Kukuh Jaminan Bekalan Padi Beras Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 10:58AM

Penduduk Malaysia diunjurkan meningkat kepada lebih 45 juta menjelang 2050 sekali gus akan meningkatkan permintaan dan penggunaan terhadap makanan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penduduk Malaysia diunjurkan meningkat kepada lebih 45 juta menjelang 2050 sekali gus akan meningkatkan permintaan dan penggunaan terhadap makanan dan menimbulkan pelbagai cabaran termasuk ketidakamanan makanan. 

Pensyarah Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber di Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia Profesor Madya Dr Norsida Man berkata hal ini secara tidak langsung menimbulkan isu sekuriti makanan yang dikategorikan sebagai antara ancaman daripada perspektif keselamatan manusia di peringkat global. 

Adakah negara bersedia berdepan dengan situasi ini?

Sekuriti makanan boleh didefinisikan sebagai akses bagi semua penduduk ke atas makanan yang cukup untuk hidup sihat dan aktif. 

Ia adalah sangat penting terutama dalam perkara berkaitan peningkatan populasi, keselamatan makanan, kekurangan nutrisi, akses kepada makanan serta kemampanan sumber. 

Di Malaysia, pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi di samping menjamin ekonomi negara sejak dahulu. 

Misalnya, Dasar Pertanian Negara Pertama hingga Dasar Pertanian Negara Ketiga (1984-2010), Dasar Agromakanan Negara (2011-2020) dan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030) serta pengeluaran padi menjadi perhatian utama dalam setiap Dasar Pertanian Negara yang dilaksanakan. 

Norsida berkata pertanian padi berperanan sebagai tunggak utama kepada jaminan bekalan makanan negara. 

"Bagaimanapun, pelbagai masalah, isu dan cabaran tetap dihadapi dari tahun ke tahun oleh subsektor ini dalam mengekalkan atau menambah fungsinya," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual bertulis baru-baru ini. 

Beliau menambah pemahaman secara menyeluruh mengenai masalah pertanian padi negara boleh membantu Malaysia untuk merungkaikan isu jaminan bekalan makanan yang hangat diperkatakan sekarang. 

Antara senario masalah yang sinonim dengan subsektor padi dan beras adalah seperti penurunan kawasan bertanam, pengurangan bilangan petani, infrastuktur serta fasiliti yang kurang dinamik, peningkatan kos input seperti baja dan benih, perubahan cuaca dan iklim serta kekurangan pendedahan terhadap aplikasi teknologi moden dalam pertanian. 

Penglibatan agensi kerajaan, bukan kerajaan tingkat industri padi negara

Secara dasarnya, pengukuhan keseluruhan rantaian bekalan perlu dijadikan agenda utama dalam mempertingkatkan keupayaan industri padi negara terutamanya dan menekankan bahawa agensi kerajaan dan bukan kerajaan perlu berganding bahu dalam menjayakan usaha tersebut, kata Norsida. 

"Misalnya, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan beberapa Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) perlu terlibat dalam pemantauan kemajuan pertanian padi di Malaysia terutamanya dalam pengurusan infrastruktur pertanian, pengukuhan perkhidmatan sokongan dan pengurusan ladang, penyediaan perundingan melalui program, dan memperkukuh agensi perkhidmatan," katanya. 

Jabatan Pertanian pula bertanggungjawab kepada pembangunan pertanian padi di luar kawasan jelapang. 

Norsida berkata penglibatan aktif syarikat swasta seperti Padiberas Nasional Bhd (BERNAS), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), FGV Holdings Bhd dan lain-lain dilihat sebagai perintis inovasi subsektor padi dan beras serta berupaya memacu aspirasi kerajaan dalam memperkasakan objektif kelestarian industri padi beras negara. 

"BERNAS sebagai contoh, terus melaksanakan tanggungjawabnya dalam mengimbangi keperluan negara, pengguna dan pesawah. Setelah mengambil alih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara lebih dua dekad yang lepas, BERNAS kini mempunyai peranan yang penting dalam menjamin keselamatan makanan negara," tambahnya.

Ini kerana antara mandat yang diberi melalui tanggungjawab sosial BERNAS adalah mengurus serta menyelenggara stok simpanan beras negara agar bekalan itu ada dan selamat untuk sebarang keadaan serta risiko yang mendatang, tambahnya. 

 
Perlu imbang bekalan beras dengan import komoditi tersebut 

Umum mengetahui yang Malaysia mengimport lebih kurang 30 peratus dari negara luar bagi mencukupkan kadar sara diri beras.

 Dari sudut positif, pengimportan beras dapat menjamin kecukupan bekalan sekiranya terjadi masalah gangguan pembekalan beras di dalam negara dan menjadi tanggungjawab BERNAS untuk mengimbangi bekalan beras dengan mengimport komoditi itu mengikut persetujuan pihak kerajaan.

Selain itu, BERNAS, FGV dan NAFAS juga kini semakin giat mengembangkan lagi kawasan penanaman padi berskala besar, SMART SBB di seluruh negara.

"Program ini merupakan satu daripada inisiatif yang diperkenalkan kerajaan untuk meningkatkan hasil pendapatan pesawah di seluruh negara dengan menyelaras sistem pengurusan ladang secara berkelompok untuk mencapai skala ekonomi," kata Norsida.

Pelaksanaan Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) adalah seiring dengan matlamat MAFI bagi meningkatkan kadar Tahap Sara Diri (SSL) beras negara sebanyak 75 peratus dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

 
Sekuriti makanan negara 

Sekuriti makanan negara bukan hanya berfokuskan pengeluaran makanan utama iaitu beras tetapi juga sumber makanan lain seperti ayam, telur, daging dan sebagainya.

Bagaimanapun, industri ternakan sedang menghadapi masalah yang kritikal ketika ini kerana harga import makanan asas ternakan semakin tinggi dan harganya menjadi mahal di pasaran. 

Untuk mengatasi masalah tersebut, BERNAS bersama FGV Integrated Farming telah membangun dan melancarkan produk makanan ternakan berkualiti tinggi baru-baru ini yang menghasilkan formulasi baharu makanan ayam kampung menggunakan hasil sampingan daripada pengilangan padi dan beras seperti dedak dan sekam padi yang bernutrien tinggi. 

"Kolaborasi strategik antara dua syarikat swasta ini membuktikan kesungguhan mereka dalam mengoptimumkan penggunaan sumber, mengukuhkan rantaian nilai produk agromakanan untuk pasaran domestik, sekali gus mendukung teras utama kerangka sekuriti makanan negara," kata Norsida.  

Dari sudut penyelidikan dan pembangunan pula, usaha berterusan dalam menghasilkan input pertanian seperti benih dan baja berkualiti amat diperlukan. 

Sehingga kini, pelbagai inisiatif telah dijalankan antara MAFI; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI); Institut Pengajian Tinggi dan agensi-agensi yang berkaitan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM, NACCOL Ada Hingga 20 Mac Untuk Muktamad Harga Beras - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan - PM

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad