web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RUU Antigangguan Seksual 2021 Akan Berkuat Kuasa Secara Berperingkat - Rina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 7:04AM

Rina berkata, Tribunal bagi Antigangguan Seksual yang bakal dimulakan di Lembah Klang akan diperluas ke negeri dan daerah lain mengikut keperluan. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS 2021) yang diluluskan di Dewan Negara semalam akan berkuat kuasa secara berperingkat mengikut fasal setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun berkata ia akan dimulakan dengan advokasi iaitu memberikan kesedaran, pendidikan dan pemahaman mengenai rang undang-undang itu kepada masyarakat yang akan dilakukan dalam siri jelajah seluruh negara.

"Uniknya rang undang-undang ini, ia boleh berkuat kuasa secara berfasa. Daripada 27 fasal, kita boleh kuat kuasa mengikut fasal-fasal tertentu yang dirasakan perlu disediakan.

"Selepas itu, kita juga hendak bangunkan peraturan dan garis panduan selepas ia diwartakan," katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen semalam.

Beliau juga berkata Tribunal bagi Antigangguan Seksual yang bakal dimulakan di Lembah Klang akan diperluas ke negeri dan daerah lain mengikut keperluan.

Rina berkata fasal dalam rang undang-undang itu juga memperuntuk tribunal tersebut boleh bersidang di mana-mana dan pada bila-bila waktu sekiranya terdapat keperluan selepas diputuskan oleh tribunal.

Beliau berkata mengikut fasal 4 rang undang-undang itu, tribunal hendaklah terdiri daripada presiden serta timbalan presiden yang dilantik dalam kalangan anggota perkhidmatan perundangan dan kehakiman.

"Selain itu, tidak kurang daripada lima anggota lain yang terdiri daripada orang yang merupakan anggota atau pernah memegang jawatan perkhidmatan kehakiman atau perundangan selain peguam bela dan peguam cara yang dilantik hendaklah tidak kurang daripada tujuh tahun pengalaman," katanya.

Terdahulu, Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang AGS 2021, akta untuk mengadakan peruntukan bagi suatu hak tebus rugi bagi mana-mana orang yang diganggu secara seksual, penubuhan Tribunal bagi Antigangguan Seksual, menggalakkan kesedaran tentang gangguan seksual dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi