web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hartal Doktor Kontrak Bantah Larangan Penghantaran Makanan Di Hospital Sungai Buloh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 9:00AM

Hospital Sungai Buloh - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Gerakan Hartal Doktor Kontrak membidas Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung larangan penghantaran makanan untuk kakitangan dan pesakit di Hospital Sungai Buloh.

Menerusi Twitter hari ini, kumpulan pembela hak pekerja perubatan itu berkata, langkah terbabit disifatkan tidak sensitif terhadap kakitangan yang mungkin berdepan kesukaran mendapatkan makanan di kawasan hospital ketika bertugas melebihi waktu kerja standard.

“Logik KKM, larang penghantaran makanan seperti Grab dan Foodpanda untuk kakitangan serta pesakit. Mungkin juga patut larang makan supaya tidak ada bahan buangan dihasilkan.

“Mungkin mereka yang membuat keputusan ini sudah lupa rasa lapar ketika dipanggil bertugas,” kata gerakan itu.

Menerusi perkongsiannya, ia turut memaparkan gambar pekeliling berhubung larangan bertarikh semalam itu yang dilaporkan dikeluarkan Pengarah hospital berkenaan.

The Vibes sudah menghubungi gerakan itu dan KKM untuk mendapatkan respon mengenai perkara terbabit.

Pekeliling itu memaklumkan bahawa keputusan berkenaan sudah dicapai semasa mesyuarat dengan semua Ketua Jabatan pada 26 Julai lalu.

Menerusi pekeliling itu dimaklumkan larangan ke atas semua penghantaran makanan dalam talian di kawasan hospital itu adalah disebabkan banyak aduan diterima mengenai sisa makanan dan sampah, selain kehadiran perosak di wad hospital.

Bagi menunjukkan sikap ‘kompromi’, pekeliling itu turut menyatakan perkhidmatan kafeteria di kawasan hospital akan ditambah baik untuk memenuhi keperluan kakitangan dan orang ramai. – The Vibes, 11 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad