web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Hukuman Tegas Mampu ‘Ajar’ Pembuli Siber Supaya Beradab

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 7:00AM

Mereka yang gemar berselindung di sebalik ‘skrin komputer atau gajet’ bagi melakukan buli siber, perlu diajar untuk beradab dan cara terbaik adalah melalui hukuman tegas. - Gambar hiasan pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – “Tiada cara lain untuk memberi pengajaran kepada pembuli siber, melainkan menerusi penguatkuatkuasaan undang-undang ketat dan bersifat  pencegahan,” tegas Setiausaha Kehormat Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Ahmad Rostam Md Zin.

Beliau berkata, golongan yang gemar berselindung di sebalik ‘skrin komputer atau gajet’ bagi melakukan buli siber, sememangnya perlu diajar bagaimana untuk beradab dan cara terbaik adalah melalui hukuman tegas.

Katanya, antara undang-undang wajar dilaksanakan bagi menghukum dan menangani jenayah itu adalah denda serta khidmat masyarakat bersesuaian.

“Pembuli siber ini adalah isu sering diperkatakan dan memang ramai individu melakukannya. Jadi sekiranya kerajaan mempratikkan hukuman khidmat masyarakat, pelaku ini boleh diambil ‘bekerja secara percuma’ dan pada masa sama memberi pengajaran kepada mereka.

“Denda dengan nilai tinggi juga boleh dikenakan sebagai hukuman dan ia juga dapat menjadi sumber pendapatan kepada negara,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes buli siber yang semakin berleluasa ketika ini, terutama apabila Laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menunjukkan Malaysia di kedudukan kedua di Asia bagi jenayah buli siber dalam kalangan belia pada tahun 2020.

Ahmad Rostam yang juga pakar perunding psikiatri memaklumkan, berbanding beberapa tahun lalu yang menyaksikan dunia siber adalah asing kepada manusia sebagai medium sosial, kini perkembangan teknologi menjadikan ia antara platform komunikasi utama di seluruh dunia.

Namun, katanya, di sebalik kemajuan bidang terbabit, ia merentasi sempadan privasi individu dan mempunyai kebolehcapaian luar biasa, sehingga melangkaui beberapa perkara sensitif, antaranya budaya serta agama.

“Ada sesuatu tingkah laku asing dan ditolak dalam satu kelompok masyarakat, mudah diterima sebagai norma di dunia siber apabila kelompok kecil dengan tingkah laku ‘tidak molek’ terbabit dapat mengumpul ramai individu yang berfikiran serupa dari seluruh dunia dengan sekelip mata.

“Maka, psikologi kelompok yang mendorong kepada tingkah laku tidak molek ini, menyebabkan perasaan bersalah seseorang ‘hilang’ disebabkan sebilangan besar mereka tegar melakukan perkara sama, seperti perbuatan buli siber.

“Tingkah laku tidak molek ini juga lebih mudah dilakukan kerana tidak ada rasa tanggungjawab untuk menjaga air muka sendiri mahupun orang lain apabila terselindung di sebalik papan kekunci, berbeza jika individu berada dalam situasi berdepan antara satu sama lain,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Rostam berkata, Profesor Psikologi, John Suler menyatakan bahawa dunia siber akan menyebabkan malu, ihsan, hormat dan nilai baik lain menjadi sangat tipis, sehingga individu yang tidak mungkin berkata kesat di luar, boleh menjadi ‘syaitan’ di dunia siber.

Jelasnya, dunia siber seolah-olah memberikan perasaan selamat untuk berbuat apa sahaja kerana ia boleh dilakukan tanpa wajah dikenali, bersifat rawak dan tiada belas kasihan.

Perasaan selamat itu juga, katanya, digalakkan keinginan berhibur, selain persaingan siapa lebih pandai menghina, mencarut dan menyindir.

“Mereka tidak dihalang rasa bertanggungjawab kerana mereka tidak mungkin akan dapat melihat impak buli mereka terhadap mangsa.

“Bagi mereka mudah sahaja, mereka menyalahkan mangsa atas perbuatan penghinaan mereka lakukan, malah mereka rasa mereka berhak menghina atas tiket hak individu dan kebebasan bersuara,” katanya.

Berhubung impak terhadap mangsa, beliau menegaskan, ia sememangnya boleh menjadi serius kerana bukan sahaja menyebabkan kesihatan mental individu terbabit terjejas, malah semua di sekeliling mereka juga menerima kesan buruk.

“Perbuatan pelaku ini kerana adanya kecenderungan untuk memalukan seramai mana orang yang berkaitan dengan mangsa utama supaya pelaku nampak hebat dan cekap,” katanya.

Dalam pada itu, pakar psikologi dan kaunseling, Dr Fauziah Mohd Saad berkata, pembuli siber bertindak berani kerana identiti mereka sukar dikesan dan tidak diketahui, selain ada dalam kalangan mereka memiliki banyak akaun media sosial.

Menurutnya, tindakan pelaku menggunakan kata negatif dengan niat menyakitkan hati mangsa sebenarnya boleh mengakibatkan penderaan mental dan emosi.

“Pengguna di media sosial ini kadang kala ada dalam kalangan ‘introvert’. Mereka ini kurang kawan, jadi mereka menggunakan media sosial untuk berkawan. Apabila berkawan, orang salah faham benda itu.

“Jadi apabila ada orang pada peringkat ‘neurosis’ ini, anda buat provokasi, dia simpan dan simpan yang pada akhirnya, ia memberi kesan kepada kesihatan mentalnya,” katanya.

Fauziah berkata, pengguna media sosial dinasihatkan untuk mengelak daripada mempedulikan sesuatu kritikan secara serius sehingga menyebabkan diri mereka terlebih berfikir.

“Contohnya, kalau anda tidak suka (kritikan di media sosial), terus lapor dan padamkan,” katanya sambil menekankan kepentingan untuk menerapkan kesedaran agama dalam penggunaan media sosial. - Getaran, 11 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Buli Siber: Perlu Hukuman Lebih Keras, Bela Nasib Mangsa Dan Keluarga – Saraswati

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Didakwa Terbabit Kes Buli Siber Pempengaruh Esha

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SKKM Perkukuh Kerjasama Dengan Polis Perangi Buli Siber

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muat Naik Video Berkaitan Esha, Ibu Buat Laporan Polis Terhadap 3 Individu

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad