web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Budaya Musyawarah Beri Ruang, Peluang Penjawat Awam Bersuara Sampai Pandangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 11:11AM

Anwar Ibrahim (tiga, kanan) menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Jun di Puspanitapuri, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Budaya musyawarah penting bagi memberi ruang serta peluang kepada penjawat awam untuk bersuara dalam menyampaikan pandangan ketika merangka hala tuju negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Jun di sini hari ini, Anwar berkata suara penjawat awam adalah penting bagi menjadikan sesuatu musyawarah lebih bermakna dan berkesan.

Anwar  yang juga Menteri Kewangan berkata mendengar pandangan, banyak membantu beliau untuk membuat keputusan.

“Saya hadir dalam banyak mesyuarat, saya kata mesti ada semangat ini, cuma saya nak lebarkan supaya dalam perbincangan, ketua jabatan dan pegawai yang ada pengkhususan dalam bidang ini harus bersedia memberi pandangan mereka,” katanya.

Anwar berkata konsep MADANI yang diperkenal pada Januari lepas tidak menghalang penjawat awam untuk berbincang dan bersuara, dan budaya berbincang dan bersuara turut terkandung dalam al-Quran.

Menyentuh adab ketika bermusyawarah, Anwar berkata setiap persoalan atau pertikaian terhadap sesuatu perkara yang telah diputuskan perlu ditangani dengan bijak dan bukan dengan pantas menjatuhkan hukuman.

“Walaupun kadang-kadang pandangan seseorang itu benar atau belum tentu benar, tetapi kepantasan menjatuhkan hukum akan menyebabkan perbincangan tidak akan berlaku,” katanya.

Anwar berkata perbezaan pendapat atau pandangan yang timbul dalam sesuatu musyawarah tidak boleh dijadikan sebagai ruang untuk mencela individu yang berbuat demikian sebaliknya perlu dibincang dengan baik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 2 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 5 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad