web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Artikel BM Ayman Rashdan Tarik Minat Rakyat Malaysia Dalami Isu Antarabangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 11:00AM

Ayman Rashdan - Gambar daripada Facebook Ayman Rashdan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Memilih Bahasa Melayu sebagai medium penulisan di media sosial untuk berkongsi pengetahuan mengenai sejarah dan isu semasa dunia nyata berjaya menarik perhatian umum sehingga hasil tulisan pemuda berketurunan Cina ini dikongsi ribuan pembaca platform tersebut.

Penulis buku bebas, Ayman Rashdan Wong, 33, berkata Bahasa Melayu dipilihnya sebagai medium penulisan kerana kebanyakan rakan dan pengikut Facebooknya adalah rakyat Malaysia dan berpendapat adalah munasabah untuk majoriti rakyat negara ini berkomunikasi dalam Bahasa Kebangsaan itu.

“Penggunaan Bahasa Melayu juga adalah disengajakan bagi menangkis persepsi bahawa Bahasa Melayu bukan bahasa yang boleh membincangkan isu serius seperti politik antarabangsa,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sekiranya golongan bijak pandai hanya menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbincangan lama-kelamaan orang akan menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa remeh dan tidak semegah Bahasa Inggeris.

“Pengalaman peribadi juga memainkan peranan. Sebagai graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dan pegawai kerajaan, saya sememangnya lebih selesa dan yakin menggunakan Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris,” katanya.

Katanya, menulis adalah satu cara untuk beliau mengingat dan menghafal perkara-perkara yang dibaca selain hasil tulisannya itu dikongsi di media sosial atau buku bagi tujuan mempopularkan kajian politik antarabangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ayman Rashdan berkata beliau mula berkongsi penulisannya menerusi media sosial pada 2016, iaitu tahun menarik bagi kajian politik antarabangsa apabila berlakunya Brexit (penarikan diri Britain daripada Kesatuan Eropah) dan kemenangan Donald Trump dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat.

“Di negara-negara luar termasuk Indonesia, perbincangan mengenai kesan peristiwa-peristiwa ini cukup rancak dan dibincangkan dalam kerangka seperti “kebangkitan populisme” dan “keruntuhan orde antarabangsa liberal”.

“Namun perbincangan sedemikian tidak begitu rancak di Malaysia kerana pemahaman mengenai kerangka-kerangka ini masih kurang dalam kalangan orang ramai. Jadi, perkongsian saya bertujuan untuk mempopularkan kerangka-kerangka tersebut,” katanya.

Menurut Ayman Rashdan, kesemua artikel yang dikongsikan menerima reaksi pelbagai namun dari sisi positifnya kini lebih ramai orang berminat dengan perbincangan politik antarabangsa dan geopolitik yang diketengahkan.

“Malah ada ramai anak muda telah memberitahu saya bahawa penulisan saya menjadi inspirasi kepada mereka untuk menyambung pelajaran dalam bidang hubungan antarabangsa,” katanya.

Ayman Rashdan berkata perkongsian ilmu mengenai hal ehwal antarabangsa yang dipaparkannya itu bertujuan agar pembaca lebih memahami konsep kepentingan negara (national interest) yang tidak akan berubah, tidak kira sesiapa pun memegang tampuk pemerintahan negara.

“Kalau kita mempunyai pemahaman mengenai aspek ini, kita akan lebih defensif terhadap negara kita dan tidak mencaci negara sendiri hanya disebabkan oleh ketidakpuashatian peribadi terhadap pemerintah semasa,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penguasaan Bahasa Melayu Kekal Syarat Asas Permohonan Taraf Kewarganegaraan - KDN

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Warga Malaysia Ajar Fardu Ain, Bahasa Melayu Percuma Kepada Kanak-Kanak Thailand

4

Pendidikan 3 tahun yang lalu

KPM Adakan Peperiksaan Ulangan Untuk Pastikan Calon SPM Miliki Sijil

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek