web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Neelofa, Suami Berdepan Tindakan Kompaun Jika Terbukti Langgar SOP

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 4:08PM

Abdul Hamid Bador bercakap pada sidang media selepas perasmian Seksyen K9 Pulau Langkawi Bahagian Bantuan Teknik D6 Jabatan Siasatan Jenayah PDRM hari ini. - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail akan dikompaun jika siasatan polis mendapati kunjungan pasangan itu ke Pulai Langkawi melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 32, hanya mendapat kebenaran merentas negeri untuk urusan kerja, namun tular di media sosial gambar pasangan tersebut yang kelihatan seperti bercuti.

“Kalau kita dapati dia gagal kemukakan bukti, kita akan kompaunkan dia, pegawai penyiasat akan bertanya kepada dia apa dia buat di situ, adakah itu sebahagian daripada kegiatan perniagaan dia.

“Itu macam santai-santai sahaja, jadi tidak boleh, kerana dia datang dari negeri yang PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) untuk datang ke kawasan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), dia tidak boleh langgar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seksyen K9 Langkawi Bahagian Bantuan Teknik D6 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan.

Abdul Hamid menegaskan polis bersikap adil dalam mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran SOP ditetapkan kerajaan dan tidak membeza-bezakan antara rakyat biasa dengan orang kenamaan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bersembunyi di luar negara dan pihak polis masih mengesan lokasi sebenar selain terdapat kekangan di sempadan kerana kewujudan banyak lorong-lorong tikus.

“Belum ada apa-apa lagi, dia masih lagi bersembunyi, kalau dia nak upload dia punya aktiviti dia di luar kita tunggulah, jerat tidak akan melupakan pelanduk, dia akan balik.

“Saya hairan, dia tidak berhadapan dengan satu hukuman yang boleh dipenjarakan 20 tahun atau dihukum gantung, baliklah dan hadir ke mahkamah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad