web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Lagi Pendedahan Mengejutkan Selepas LCS?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 11:49AM

Ahmad Fadhli Shaari - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ada lagi pendedahan mengejutkan selepas isu projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS), dakwa Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau berkata, pendedahan terbabit akan menyusul satu persatu.

“Ada lagi pendedahan mengejutkan selepas isu LCS, jangan bimbang, satu persatu akan menyusul.

“Fasten your seatbelt (Bersedia). Seperti kata pepatah, ambil mana-mana yang sempat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Isu LCS menjadi panas apabila PAC baru-baru ini, mengumumkan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek berkenaan selepas dua tahun disiasat.

Rumusan berkenaan termasuk kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.

Selain itu, kajian daya maju oleh kerajaan terhadap BSN gagal mengesan masalah kewangan syarikat itu sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pendahuluan RM1.36 bilion kepada mereka, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.

Isu melibatkan LCS mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk masyarakat umum yang mahu siasatan sewajarnya dilakukan.

Pemuda UMNO antaranya, menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyelesaikan siasatan membabitkan kepincangan projek berkenaan.

Sementara itu, PAS menerusi Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin juga menggesa agar siasatan menyeluruh dan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat dalam skandal perolehan kapal tersebut. - Getaran, 8 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

'Hutang Tak Bayar Bukan Benda Baharu', Bekas Pekerja Buat Pendedahan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Jangan Alih 'Tiang Goal' Isu Sebenar LCS, Permohonan MUDA Bersama PH Perlu Dinilai

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Prosiding LCS: PAC Rakam Keterangan 3 Saksi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

LCS: PAC Lawat TLDM Lumut, Mula Prosiding Sabtu Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad