web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘PM 6, Kami Badan Bebas, Segala Keputusan Dibuat Secara Konsensus’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 8:37PM

Wong Kah Woh - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah badan bebas yang tidak mewakili mana-mana parti dalam apa jua laporan dibentangkan, termasuk berkaitan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS), kata Pengerusinya, Wong Kah Woh.

Beliau berkata, PAC terdiri daripada 14 orang ahli dalam kalangan Ahli Parlimen pelbagai parti, termasuk kerajaan dan pembangkang.

“PAC terdiri daripada 14 ahli, iaitu tiga wakil UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (tiga), DAP (dua), PAS (dua) dan masing-masing satu dari PKR, Parti  Amanah Negara (AMANAH), Parti Warisan (WARISAN) serta Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Seramai 14 Ahli Parlimen daripada parti berlainan, kami bersatu hati untuk pastikan wang rakyat adalah terjaga. Segala keputusan adalah secara konsensus. Kami bebas,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

Baca, Jangan Tak Baca ya PM6. Laporan PAC dibentang ke Parlimen pada 04.08.22. PM6 kata tidak terlibat, tapi keluar 4...

Posted by Wong Kah Woh on Sunday, August 7, 2022

Hantaran tersebut dipercayai sebagai respon kepada dakwaan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempertikaikan laporan PAC berikutan ia dipengerusikan Ahli Parlimen DAP.

Najib menjelaskan, beliau tidak pernah dipanggil untuk memberikan penjelasan dalam mesyuarat PAC, malah mendakwa ada fakta tidak tepat atau tidak didedahkan dalam laporan berkenaan.

Sebelum ini, PAC menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Menjawab dakwaan Najib bahawa Pengerusi PAC adalah mewakili DAP, Kah Woh berkata, beliau sudah empat tahun melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda DAP.

“PM 6 (Perdana Menteri Ke-6) (Najib) mula dengan kata Pengerusi PAC itu daripada DAP. Senang saja untuk kaitkan dengan DAP, balik-balik DAP. Cuma nak bagitahu PM 6, saya bukan lagi Ketua Pemuda DAP, sudah empat tahun saya lepas jawatan. Boleh google.

“PAC cuma laksanakan tanggungjawab kepada Parlimen, rakyat dan negara,” tegasnya.

Beliau juga turut membidas Najib yang mendakwa kenyataan Pengerusi PAC berkaitan isu tersebut adalah salah.

“PM6 (Najib) kata kenyataan Pengerusi PAC salah. Saya hendak bagitahu, kenyataan Pengerusi PAC itu adalah berdasarkan pendapat, rumusan dan syor persetujuan konsensus PAC selepas dua tahun siasat isu ini.

“Bukan pandangan Pengerusi PAC sendiri,” katanya. - Getaran, 7 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Global Sumud Flotilla: Serangan Kedua Landa Kapal Misi Bantuan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen X: Kembara Ke Tanah Suci, Dulu Dan Kini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar