web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ungkapan ‘Abang Besar' Sebagai Tanda Hormat - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 8:02AM

Hishammuddin Tun Hussein - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ungkapan ‘abang besar’ yang digunakan dalam sidang media baru-baru ini bersama rakan sejawatannya dari China, Wang Yi, adalah sebagai tanda hormat.

Menerusi ciapan di Twitter hari ini, Hishammuddin berkata ungkapan tersebut bukan merujuk kepada hubungan kukuh dua hala Malaysia-China, memandangkan hubungan tersebut adalah berdasarkan kepercayaan dan kesaksamaan bersama.

“Menghormati Wang Yi yang lebih tua dan Menteri Luar yang lebih senior, oleh itu ‘abang’ kepada saya secara peribadi. Menghormati tidak menandakan kelemahan.

“Yakinlah bahawa Malaysia kekal bebas, berprinsip dan pragmatik dari segi dasar luar negara berasaskan kepada nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan serta kesaksamaan,

“Kami akan terus memberikan sumbangan bermakna ke arah masyarakat negara yang adil dan saksama,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Hishammuddin menggunakan ungkapan itu sebagai satu penghinaan terhadap pendirian negara yang mengamalkan dasar berkecuali.

Menurutnya, penggunaan ungkapan sedemikian tidak sesuai dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad