web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ainul Mardhiah Sudah Sedar, Masih Perlu Antibiotik - Bapa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 6:00PM

Ainul Mardhiah sudah sedar dan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator). - Gambar ihsan Facebook Ahmad Safiuddin Ahmad Razak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan kanak-kanak bekas penghidap ketumbuhan dalam mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4, semakin baik hari ini.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkata, Ainul Mardhiah juga sudah sedar dan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator).

“Alhamdulillah, Ainul semakin baik. Dia dah sedar 100 peratus. Bacaan darah dia hampir normal semuanya.

“Ventilator dah off, ubatan pun banyak dah diberhentikan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, bagaimanapun anak sulungnya itu perlu meneruskan pengambilan antibiotik kerana jangkitan kuman masih ada dalam badan.

“Sehingga bila, itu terpulang pada doktor. Doktor lebih tahu. Asalkan Ainul sihat je,” katanya.

Ceritanya lanjut, sebaik sahaja sedar dari ditidurkan, Ainul Mardhiah tidak tidur semalaman sejak siang.

“Malam tadi saya jaga Ainul di wad, pukul 2 pagi baru tidur. Pukul 5.30 pagi dia dah bangun.

“Ni sekarang turn mama dia pula jaga, walid balik rumah jap tidur. Petang nanti walid datang balik,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Safiuddin memaklumkan Ainul Mardhiah turut menjalani proses tambah darah hari ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua penderma.

“Orang seperti Ainul ini sangat perlukan darah tambahan, beruntung orang yang suka menderma darah ni. Pahala anda sentiasa mengalir sebab telah berbuat ihsan sesama manusia.

“Kalau tak ada yang ingin menderma darah, dimanalah hospital nak cari darah untuk pesakit ini. Semoga Allah SWT lapangkan rezeki kalian dan dicukupkan semuanya,” katanya.

Terdahulu, ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani memaklumkan anaknya itu dalam keadaan kritikal dan tenat serta sedang dirawat di PICU akibat jangkitan kuman.

Ainul Mardhiah mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital.

“Ainul mula dengan muntah dan cirit-birit dalam masa sehari. Hari kedua tengok Ainul dah tak bermaya sangat. Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni. Terus bawa ke bahagian kecemasan.

“Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection (jangkitan) dah ada dekat semua tempat,” katanya.

Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalankan pembedahan di London, United Kingdom (UK), bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya ketika kanak-kanak itu berusia sembilan bulan pada Jun 2019. - Getaran, 6 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Apa Masalahnya Ni Bang...

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Sekretariat Diraja Perlu Ditubuh Demi Menjamin Kestabilan Politik, Ekonomi

3

Selera 3 tahun yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

4

Selera 3 tahun yang lalu

Tiga Bahan Tambahan Mudah Dan Seimbang Yang Anda Boleh Cuba Dalam Masakan Mi Segera

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran