web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Awie Ride, Konvoi Perangi Scammer Bakal Jadi Acara Tahunan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 1:24PM

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid (dua dari kanan) bersama Duta Anti Scam, Awie ketika melancarkan Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Kontinjen Perak 2022 di Ipoh, pada 22 Julai lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kempen Pencegahan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 @ Awie Ride yang bertujuan memberi penerangan dan meningkatkan kefahaman masyarakat khususnya di luar bandar terhadap risiko ditipu scammer (sindiket penipuan) bakal dijadikan program tahunan.

Penyanyi Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata beliau dan pasukannya yakin lebih banyak kesedaran dapat ditingkatkan sekiranya usaha itu berhasil dilaksanakan.

“Kami juga berusaha untuk masuk ke Sabah dan Sarawak kalau ada ruang dan peluang namun masih di peringkat perbincangan dengan penaja memandangkan isu logistik untuk ke sana,” katanya kepada Bernama selepas menamatkan konvoi fasa tiga dari selatan tanah air di Stesen Petronas Plaza Tol Sungai Besi, di sini tengah malam tadi. 

Menurutnya konvoi melibatkan kira-kira 100 motorsikal berkuasa tinggi itu, berkesan dan berjaya mencapai matlamatnya susulan penerimaan baik orang ramai yang hadir di kesemua 10 siri ceramah di semenanjung Malaysia.

“Bermula dari fasa satu di utara, fasa dua di pantai timur dan terakhir di selatan, kami nampak ramai mula sedar apa yang dilakukan pasukan. Orang ramai hadir bukan sekadar tengok motor besar tetapi apabila saya bercakap mengenai bahaya scammer, mereka mendengar dan ambil tahu.

“Nak hapuskan 100 peratus mungkin bukan sekarang tapi dengan kesedaran yang ada akan menjadikan orang ramai lebih bijak daripada ditipu (scammer),” katanya. - Bernama
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi