web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Belanja RM196.8j Bayar Pencen Veteran Tentera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 11:48AM

Hishamuddin Tun Hussein bersama wira-wira negara semasa majlis Sambutan Ulang Tahun Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-100 di Dataran Pahlawan Negara Mei lalu. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah membelanjakan RM196.8 juta untuk bayaran pencen kepada 105,853 veteran tentera sehingga 31 Jun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Perkara tersebut dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi menjawab pertanyaan Wong Hon Wai (DAP-Bukit Bendera) berhubung bilangan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang layak mendapat pencen perkhidmatan dalam pecahan pangkat dan nilai pencen yang diberikan.

"Bagi penerima pencen terbitan pula adalah sebanyak RM35.6 juta yang terdiri daripada 28,061 balu atau duda dan orang tanggungan," tambahnya.

Beliau turut menyatakan pecahan pangkat dan anggaran kasar nilai pencen bagi bekas anggota ATM merangkumi pegawai serta lain-lain pangkat (LLP).

Untuk berpangkat jeneral beliau memberitahu, pencen bulanan adalah sebanyak RM15,000 manakala pencen leftenan jeneral bernilai RM10,000.

Sementara itu, jelasnya, pencen bulanan bagi mejar jeneral adalah kira-kira RM9,700, brigadier jeneral (RM8,800), kolonel (RM6,500), leftenan kolonel (RM6,200), mejar (RM5,500) dan kapten (RM4,300).

Bagi LLP, katanya, pencen bulanan bagi pegawai waran I dan II adalah kira-kira RM3,800, staf sarjan (RM3,600), sarjan (RM3,200), koperal (RM2,400), lans koperal (RM2,000) dan prebet (RM1,500). - Getaran, 3 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Arah ATM Siasat Kegiatan Tidak Bermoral Di Kem Tentera

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad