web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kematian Jurulatih Penerbangan Berpunca Cedera Di Tengkuk, Dada

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 4:09PM

Jenazah Fajim Juffa dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun awal petang tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Keputusan bedah siasat jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal yang maut dalam nahas pesawat ringan di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini malam tadi, disebabkan kecederaan pada tengkuk dan dada.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid dalam kenyataan ringkas berkata kecederaan itu adalah disebabkan kemalangan penerbangan.

Dalam insiden kira-kira 8 malam itu, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor maut manakala Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera, yang sebelum itu kedua-dua jurulatih penerbangan tersebut dilaporkan berlepas dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran sebelum kejadian berlaku.

Sementara itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Radzi, 50, ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini berkata Allahyarham Fajim Juffa dijangka akan dikebumikan di Semenyih, Selangor berhampiran kediaman mangsa.

Radzi berkata Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al-Kauthar, Bandar Tasik Kesuma namun lokasi tanah perkuburan masih belum diketahui.

Sejak awal pagi tadi, ahli keluarga serta rakan-rakan Allahyarham turut hadir menanti proses bedah siasat selesai dijalankan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Christian Oliver Terbunuh Dalam Nahas Pesawat Ringan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

17 Kes Cedera Akibat Mercun Direkodkan Di Kelantan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Kecederaan Meningkat, Kebenaran Penjualan Mercun, Bunga Api Perlu Dikaji Semula

4

Semasa 3 tahun yang lalu

SM Faisal Dan Bekas Isteri Akan Berunding Selesai Kes Di Luar Mahkamah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad