web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelakon Christian Oliver Terbunuh Dalam Nahas Pesawat Ringan

Insiden malang itu turut mengorbankan dua anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 12:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon filem Speed Racer, Christian Oliver, 51 dilaporkan terbunuh  selepas pesawat ringan yang dinaikinya terhempas di perairan kepulauan Caribbean, pada Khamis lalu.

Selain Oliver, turut terbunuh dalam tragedi itu adalah dua anak perempuannya, Madita, 10, dan Annik, 12 tahun. Kemalangan itu turut mengorbankan juruterbang pesawat berkenaan.

Menurut laporan agensi berita, pesawat ringan yang membawa pelakon itu berlepas dari Lapangan Terbang F Mitchell di Becquia, sebuah pulau kecil dan sebahagian daripada negara Caribbean St. Vincent dan Grenadines (SVG) pada petang Khamis.

Oliver bersama dua anaknya itu dikatakan sedang menuju ke pulau berhampiran iaitu St Lucia apabila ia terhempas.

Berdasarkan laporan dan video yang dirakam oleh orang awam ketika kejadian tersebut, pesawat yang dinaiki Oliver berada dalam posisi menjunam sebelum terhempas ke laut.

Penyelam dan nelayan tempatan dari Ladang Paget di pulau kecil Bequia juga dilaporkan bergegas ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan, menurut kenyataan Polis Diraja SVG.

Oliver mempunyai puluhan kredit dalam dunia lakonan, bermula dari tahun 1990-an hingga 2020. Baru-baru ini dia turut terlibat dalam filem Indiana Jones and the Dial of Destiny. Dia juga mempunyai peranan dalam Sense8, Inspektor George Gently, The Baby-Sitters Club, Saved by the Bell: The New Class dan banyak lagi. – Getaran, 8 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN