web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Berhubung Taraf Keselamatan CAAM Akan Diumumkan Bulan Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 12:38PM

Wee Ka Siong - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Keputusan sama ada taraf keselamatan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bakal dipertingkatkan kepada Kategori 1 atau sebaliknya akan diumumkan 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) bulan ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, penarafan semula itu dilakukan oleh FAA setelah pihak CAAM mengambil tindakan pembetulan terhadap semua dapatan audit yang dibangkitkan sebelum ini.

"Kita doakan yang terbaik buat Malaysia," katanya ketika menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang bertanyakan berhubung status dan tindakan diambil oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) berikutan penurunan taraf keselamatan CAAM dari Kategori 1 ke Kategori 2 oleh pihak FAA pada November 2019.

Ka Siong menjelaskan, berikutan penurunan taraf keselamatan CAAM tersebut, MOT melalui CAAM telah mengambil tindakan pembetulan terhadap 33 dapatan audit International Aviation Safety Assessment (IASA) yang dibangkitkan FAA pada 2019.

Pada masa sama, tambahnya, CAAM telah mengambil tindakan mengukuhkan aspek keselamatan termasuk elemen-elemen kritikal yang menjadi persoalan utama dalam IASA FAA.

Selanjutnya beliau memberitahu, pihak FAA telah mengadakan sesi pengauditan semula ke atas CAAM dari 6 hingga 10 Disember 2021 dan laporan bertulis hasil dapatan pengauditan semula telah dikemukakan kepada Malaysia pada 10 Mei lalu untuk tindakan pembetulan.

Menurut Ka Siong, berdasarkan laporan tersebut, CAAM telah mengambil tindakan untuk 'menutup' 29 dapatan audit ISR yang dibangkit oleh FAA.

Pada 12 hingga 14 Julai lalu pula, pihak FAA jelas beliau, telah mengadakan perbincangan lanjut dengan CAAM berkaitan tindakan pembetulan yang telah diambil ke atas setiap dapatan berkenaan.

"Berdasarkan perbincangan tersebut, pihak FAA memaklumkan secara lisan bahawa kesemua 26 daripada 29 hasil dapatan yang diperoleh pada sesi pengauditan pada Disember tahun lalu telah berjaya ditutup.

"Kesemua 26 hasil dapatan yang berjaya ditutup tersebut adalah berkaitan aspek teknikal CAAM," katanya.

Walau bagaimanapun, Ka Siong berkata, terdapat tiga lagi dapatan yang masih tidak dapat ditutup dan dua daripadanya adalah berhubung aspek perundangan manakala satu lagi berkaitan aspek teknikal dan latihan yang melibatkan penyediaan silibus.

Sehubungan itu, kata beliau, tindakan pembetulan bagi menutup ketiga-tiga dapatan tersebut telah dikemukakan kepada FAA pada 25 Julai 2022.

"Pihak FAA akan membuat keputusan tentang penarafan semula dalam jangka masa terdekat dan diumumkan pada Ogos 2022," katanya lagi. 

Menjawab soalan tambahan Abdul Latiff berhubung kesan penurunan tahap keselamatan berkenaan terhadap industri penerbangan negara, Ka Siong berkata, mana-mana negara yang diturunkan tahap keselamatan kepada kategori 2 akan membolehkan FAA mengambil beberapa tindakan.

Antaranya jelas beliau, FAA tidak akan membenarkan sebarang permit penerbangan baharu daripada syarikat penerbangan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan ke AS, kecuali penerbangan yang sedia ada.

“Kedua, FAA tidak akan membenarkan sebarang permit penerbangan baharu daripada syarikat penerbangan Malaysia akan mengadakan sebarang perjanjian perkongsian kod dengan syarikat penerbangan AS untuk menyediakan perkhidmatan ke negara tersebut, kecuali kepada penerbangan sedia ada,” katanya. 

Beliau menarik perhatian, FAA juga tidak akan membenarkan permit penerbangan baharu daripada syarikat penerbangan Malaysia untuk mengadakan perjanjian perkongsian kod dengan mana-mana syarikat penerbangan selain dari AS untuk ke negara terbabit.

"Untuk makluman, sebenarnya saya sendiri berdepan dengan keadaan selepas penurunan taraf itu. Tahun lalu, kita nampak dari segi permintaan kargo yang agak tinggi ke Hong Kong.

"Walaupun kita lihat FAA AS, negara China juga mengguna pakai kategori atau penarafan yang dibuat oleh FAA, sebab itu kalau kita hendak tambah slot tidak dibenarkan, tambah frekuensi tidak boleh, pendaratan atau hak pendaratan tidak diberi dan menunggu keputusan daripada audit FAA," katanya.

Ka Siong berkata, Malaysia komited dalam memastikan penarafan itu  dipertingkatkan semula dan sebagai satu tindakan jangka panjang, kerajaan akan bawa pindaan berkaitan ke Parlimen pada awal tahun depan.

Sementara itu, tambahnya, kementerian membuat perwakilan kuasa kepada ketua pegawai eksekutif CAAM untuk meluluskan apa juga aspek perlesenan teknikal.

"Itulah tindakan aktif yang kita buat dan sekarang ini 29 dapatan telah pun selesai dan kita hanya tunggu keputusan dari FAA," katanya.

Berhubung tindakan persediaan Malaysia untuk mengekalkan kerusi Ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Ka Siong berkata, MOT telah bekerjasama dengan Kementerian Luar ke arah itu, manakala CAAM telah merangka pelbagai strategi untuk mendapatkan sokongan.

Beliau memberitahu, antara strategi dilakukan adalah mengadakan persidangan dan mengadakan mesyuarat dua hala bersama kumpulan serantau seperti African Civil Aviation Commission, Latin America Civil Aviation Commission, Arab Civil Aviation Organisation dan European Civil Aviation Conference.

"Di samping itu, MOT melalui CAAM turut menawarkan latihan bagi pembangunan modal insan industri penerbangan awam antrabangsa di bawah program Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) kepada kesemua negara pejanji ICAO," katanya. - Getaran, 2 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Kabotaj: 72 Jam Untuk Proses Kelulusan Tak Masuk Akal - Jeyenderan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Penumpang Teruja Juruterbang Pasang Lagu 'Bey Sobar Bey'

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad