web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rujuk RUU Produk Tembakau ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 10:03PM

Anwar berkata secara prinsipnya Ahli Parlimen pembangkang menyokong RUU itu terbabit. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya kerajaan merujuk Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 ke sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Beliau berkata, cadangan berhubung perkara itu sudah dikemukakannya menerusi surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat petang tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu memaklumkan, beliau juga sudah menghantar usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun di bawah Peraturan Mesyuarat 54(1) dan 54(2).

Berdasarkan surat diutuskan kepada Perdana Menteri yang dikongsikan di Facebook, beliau berkata, secara prinsipnya Ahli Parlimen pembangkang menyokong RUU itu terbabit.

Bagaimanapun, katanya ramai kalangan Ahli Parlimen pembangkang menzahirkan kebimbangan berkaitan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta isu terkait dengan penguatkuasaan akta berkenaan kelak.

“Oleh yang demikian, selaku Ketua Pembangkang, saya ingin mencadangkan kerajaan merujuk RUU ini ke sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk membuat syor.

“Ia bagi meneliti dan memberi pengkhususan serta perkara yang berkaitan pelaksanaan produk tembakau serta merokok.

“Syor itu juga bagi menyediakan satu penyata yang mengandungi cadangan RUU berkaitan kawalan produk tembakau dan merokok atau berkaitan dengannya dalam tempoh satu bulan. Jawatankuasa Pilihan Khas boleh melanjutkan tempoh ini sekiranya perlu,” katanya.

Pada masa sama, Anwar mencadangkan supaya keanggotaan jawatankuasa itu terdiri daripada sejumlah Ahli Dewan Rakyat yang mewakili semua parti dan diketuai Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Saya berharap agar cadangan merujuk RUU ini ke sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas dapat diberi pertimbangan sewajarnya,” katanya. - Getaran, 1 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad