web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Bongkar Makmal Dadah Dalam Rumah Teres

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 6:32PM

Antara alatan yang digunakan untuk memproses ketamin yang dirampas. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktiviti memproses dadah jenis ketamin yang dilakukan di sebuah rumah teres dua tingkat di ibu negara terbongkar selepas diserbu polis Rabu lalu.

Dalam serbuan sekitar jam 2.45 pagi itu, seorang lelaki tempatan dipercayai berperanan sebagai ‘cef’ ketamin turut ditahan bersama pelbagai peralatan serta bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, aktiviti jenayah itu terbongkar susulan Op Tapis Khas yang dilancarkan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bermula Rabu hingga Jumaat lalu.

Menurutnya, dalam serbuan di kediaman terbabit, polis turut merampas satu kilogram dadah dipercayai jenis ketamin yang sudah siap diproses, disyaki untuk dipasarkan di sekitar ibu negara.

“Suspek yang merupakan seorang duda anak satu berusia 39 tahun telah dibebaskan dari penjara pada tahun 2019 atas kesalahan dadah. Dia bekerja sebagai kontraktor elektrik dan menyewa rumah tersebut sejak dua bulan lalu bagi menjalankan jenayah berkenaan.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 27 Julai hingga esok untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1052 dan Seksyen 15(1) akta sama.

Mengulas mengenai Op Tapis yang dijalankan, beliau berkata, operasi disasarkan di sekitar kawasan Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur.

“Seramai 209 individu berusia 19 hingga 68 tahun ditahan mengikut pelbagai kesalahan dadah dan daripada jumlah itu, 12 individu diambil tindakan mengikut undang-undang pencegahan dadah (ADB (LLPK) 1985.

“Seramai 24 orang dikenakan tindakan atas kesalahan mengambil dadah berulang Seksyen 39c Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala lapan lagi dikehendaki,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 1.5 liter cecair dadah dengan 1.6 kilogram serbuk dadah pelbagai jenis turut dirampas.

“Polis juga membuat sitaan harta iaitu wang tunai berjumlah RM340 dan sebuah kereta jenis Honda Accord bernilai RM40,000.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta adalah berjumlah RM374,829,” katanya. - Getaran, 1 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad