web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tan Sri Khalid Ibrahim Sangat Berjasa Kepada Ekonomi Bumiputera - Anwar Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 1:18PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jasa Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sangat besar nilainya terutama dorongan beliau terhadap kegiatan kemajuan ekonomi bumiputera, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata bekas Menteri Besar Selangor itu yang merupakan pejuang tegar berkenaan syarikat perladangan, Guthrie, adalah kenalan lama sejak zaman universiti.

“Walaupun ada perbezaan pendapat dalam politik, tetapi itu perkara biasa… beliau tetap seperti keluarga,” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir terhadap Allahyarham di Masjid Saidina Umar Al Khattab di Bukit Damansara di sini hari ini.

Menyingkap kembali kenangan bersama arwah, Anwar berkata saat paling diingati ialah semasa menjayakan satu projek yang diusahakan bersama Kementerian Kewangan suatu ketika dahulu untuk membantu rakyat termiskin.

“Kita beri setiap keluarga RM5,000 kepada bumiputera di seluruh negara sebagai simpanan dan tabungan mereka… itu idea Abdul Khalid bersama saya yang kita lancarkan di Baling,” katanya.

Hadir sama memberi penghormatan terakhir di masjid tersebut ialah bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyifatkan Abdul Khalid sebagai seorang pemimpin yang cekap, kuat bekerja dan pemergiannya amat dirasai.

Beliau mendoakan agar Allah SWT memberikan rahmat serta menempatkannya dalam kalangan orang beriman.

Sementara itu, tokoh politik Tan Sri Syed Hamid Albar yang turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Menteri Besar Selangor ke-15 itu berkata pemergian Abdul Khalid merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga beliau tetapi negeri dan negara.

“Arwah sangat baik orangnya, mudah didekati dan banyak menyumbangkan idea serta bersama-sama mengambil bahagian untuk membangunkan bukan sahaja Selangor tetapi juga negara kita,” katanya.

Allahyarham Abdul Khalid pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dari 2008 hingga 2018, serta memegang jawatan Menteri Besar Selangor dari 2008 hingga 2014.

Abdul Khalid meninggal dunia pada 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi