web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SSM Naikkan Nilai Ambang Keterhutangan Kepada RM50,000 Secara Kekal

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 8:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menaikkan nilai ambang keterhutangan secara kekal bagi syarikat daripada RM10,000 kepada RM50,000 berkuat kuasa semalam. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata inisiatif itu susulan keadaan ekonomi global dan dalam negara yang mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata tindakan mengekalkan nilai ambang keterhutangan syarikat kepada amaun melebihi RM50,000 berbanding nilai asal bertujuan mengurangkan beban serta impak kepada syarikat yang berdepan masalah aliran tunai daripada tindakan penggulungan.

"Kenaikan nilai ambang keterhutangan syarikat ini dijangka akan terus dapat mengurangkan jumlah petisyen penggulungan dan syarikat mampu meneruskan urusan perniagaan dengan yakin serta masih mematuhi undang-undang berdasarkan relief kekal nilai amaun keterhutangan yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata jumlah RM50,000 tersebut dianggap bersesuaian kerana tidak terlalu rendah sehingga menyebabkan syarikat diambil tindakan penggulungan oleh pemiutang dengan jumlah hutang yang kecil.

Pada masa sama, Nanta berkata jumlah tersebut juga tidak terlalu tinggi sehingga menyebabkan pemiutang kecil terbeban akibat tidak boleh mengambil tindakan penggulungan terhadap syarikat yang berhutang.

Inisiatif ini adalah sebagai langkah sementara iaitu bermula dari 23 April 2020 sehingga 31 Mac 2021 bagi memberikan perlindungan kepada syarikat dengan nilai ambang keterhutangan yang lebih tinggi daripada nilai sedia ada iaitu RM10,000 agar risiko syarikat dikenakan tindakan penggulungan dapat dikurangkan.

Menurut Nanta, kesan pelaksanaan inisiatif tersebut menyaksikan hanya 665 petisyen penggulungan diserah simpan ke SSM bagi tempoh April hingga Disember lepas berbanding 1,760 pada 2019 dan 1,533 tahun sebelumnya. 

"Penurunan ini sekali gus membuktikan bahawa inisiatif tersebut telah dapat membantu mengekalkan kelangsungan syarikat dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19," katanya.

Inisiatif ini telah disenaraikan sebagai salah satu daripada agenda PEMERKASA di bawah inisiatif kesembilan : Mengurangkan Beban Syarikat dan Memperkasa Koperasi seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac lepas. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad