web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mayat Wanita Tanpa Identiti Bukan Zalina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 1:08PM

Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan terapung di sebuah lombong di sini kelmarin, disahkan bukan mantan pembaca berita TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya sudah membuat semakan dengan pihak polis Bukit Jalil berhubung perkara tersebut.

“Setakat ini belum ada apa-apa maklumat baharu (mengenai kes Zalina).

“Mayat terapung kelmarin kita sudah buat semakan dengan (pihak polis) Bukit Jalil dan didapati negatif (bukan Zalina),” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Kelmarin, Getaran melaporkan, mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan terapung di sebuah lombong sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Redzuan Mohd Rani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu kira-kira jam 10.51 pagi hari sama.

Kes kehilangan Azlina mendapat perhatian masyarakat apabila beliau dilaporkan hilang sejak November lalu.

Berdasarkan kenyataan Mohd Iqbal sebelum ini, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina berhubung kehilangannya pada 29 November.

Dalam laporan itu, pengadu iaitu anak Zalina, Mikhael Norman cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November untuk memaklumkan bahawa datuknya yang juga bapa Zalina dimasukkan ke hospital, namun gagal.

Pada 29 November, Mikhael pergi ke rumah Zalina di Seksyen 3, Shah Alam dan mendapati, kereta ibunya berada di tepi rumah, manakala kediaman berkenaan dalam keadaan tidak tersusun.

Dokumen dan barangan peribadi personaliti terbabit, iaitu kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600 pula berada di situ.

Beberapa individu mirip mantan pembaca berita berkenaan turut didakwa dilihat di beberapa lokasi, termasuk Shah Alam dan Sentul.

Namun hasil siasatan mendapati mereka bukan Zalina. - Getaran, 31 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan