web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mana Janji Air Percuma PH? - Najib

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 12:53PM

Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan di mana janji PH yang ingin menyediakan perkhidmatan air percuma, susulan tindakan kerajaan Selangor menaikkan tarif sumber bekalan asas itu hampir 30 peratus untuk komersial berkuat kuasa pada 1 Ogos ini.

Beliau turut menegaskan, langkah menaikkan tarif air komersial itu bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah amat tidak tepat pada masanya kerana akan menambah peningkatan kos barangan serta servis.

Malah, katanya, kenaikan itu tidak akan membantu keadaan inflasi yang tinggi ketika ini.

“Mana janji air percuma PH?

“Kenaikan tarif air komersial bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah amat tidak tepat pada masanya. Tarif yang naik hampir 30 peratus dari RM2.07 kepada RM2.62 bagi setiap meter padu air tidak membantu keadaan inflasi tinggi ketika ini.

“Hanya akan menambah kepada kos perniagaan dan harga bagi semua jenis barangan dan servis. Bila harga barang naik lagi, korang salahkan kerajaan pusat pula,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dimaklumkan akan menaikkan tarif bekalan air baharu pada kadar purata 20 sen setiap meter padu, membabitkan kategori pengguna bukan domestik, termasuk rumah ibadah dan kapal, berkuat kuasa 1 Ogos.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Izham Hashim dilaporkan berkata, purata kenaikan itu dianggap masih rendah dan tidak membabitkan pengguna domestik.

“Untuk penggunaan bukan domestik, antaranya komersial dan industri, bagi 0 hingga 35 meter padu, kenaikannya adalah daripada RM2.07 kepada RM2.62, manakala jika melebihi 35 meter padu, kiraannya RM2.86 daripada RM2.28.

“Untuk rumah ibadat, kiraannya menggunakan kadar rata (setiap meter padu), iaitu 46 sen meningkat kepada 58 sen untuk setiap meter padu. Begitu juga kategori kapal dengan setiap meter padu RM4,23, kini dilaraskan RM7,” katanya. – Getaran, 30 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar