Berita Terkini

3 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jaminan Menteri Tidak Buktikan SOSMA Mampu Dilaksana Dalam Konteks Keadilan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 5:29PM

Mengikut laporan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja Penambahbaikan Polis pada tahun 2005 isu dibangkitkan mengenai salah guna kuasa bukan dengar cakap (hearsay) - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaminan Menteri Dalam Negeri bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak digunakan untuk tujuan kepentingan politik, dilihat tidak membuktikan bahawa undang-undang tersebut akan dapat dilaksanakan dalam konteks keadilan.

Datuk Seri Salahuddin Ayub (AMANAH-Pulai) membangkitkan isu siasatan terhadap Mohamad Sabu (AMANAH-Kota Raja) pada minggu lalu yang turut menyaksikan telefon bimbit Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu dirampas pihak polis.

“Sahabat saya Yang Berhormat Kota Raja minggu lepas dibawa ke Bukit Aman hanya dengan (hantaran) ‘simple’ (ringkas) TikTok dan Facebook yang beliau minta supaya rakyat berhimpun secara aman serta telefon bimbit beliau dirampas.

“Jadi itu pun tidak menyakinkan kita mengenai bagaimana boleh berlaku ‘abuse’ (penyalahgunaan) terhadap satu kes yang saya rasa begitu ‘simple’, boleh di bawah Seksyen 112 dan tiada apa-apa pun.

“Tiada keganasan berlaku pun, tetapi dirampas telefon bimbit dan juga data peribadi. Itu kecil, inikan pula SOSMA,” katanya ketika membahaskan usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) SOSMA.

Salahuddin menambah, punca beliau menentang SOSMA antaranya kerana polis di bawah Jabatan Cawangan Khas pada Abad Ke-21 kini mempunyai pelbagai kelengkapan.

Beliau difahamkan, jabatan tersebut diakui antara terbaik di dunia dan berupaya melakukan kerja ‘tapping’ dan ‘intercepting’ (memintas), selain dipercayai memiliki dana secukupnya.

“Oleh itu, tidak perlu bagi saya 28 hari untuk menahan mana-mana pesalah. Kita anggap ini sangat bertentangan dan kepada sesiapa pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan percaya bahawa salah guna kuasa itu tetap boleh berlaku,” katanya.

Mengikut laporan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja Penambahbaikan Polis pada tahun 2005 dan diketuai Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, Salahuddin berkata, isu dibangkitkan mengenai salah guna kuasa bukan dengar cakap (hearsay).

“(Isu salah guna kuasa) Bukan kita kutip tepi jalan dan bukan kita ambil sebagai satu fitnah untuk mencemar nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sejarah negara sejak Merdeka boleh membuktikan ramai anggota pentadbiran kerajaan, termasuk PDRM yang berkorban nyawa dan jasa mereka kepada negara, tetapi negara tidak boleh menafikan juga berlaku salah guna kuasa apabila wujudnya akta, contohnya ISA yang kita sudah bahas panjang mengenainya,” tambah beliau.

Beliau menjelaskan, SOSMA tidak boleh menjadi sesuatu yang diciplak semula dan diadakan dalam bentuk wajah baharu di mana tempoh masa 28 hari itu sangat terbuka kepada penyalahgunaan kuasa.

“Oleh itu, saya dengan ini ingin mencadangkan supaya ia perlu dilihat kepada suatu lebih objektif, kita tetap mengemukakan dalam tempoh 14 hari mesti dibawa ke muka pengadilan ke hadapan seorang majistret, kemudian barulah kita nampak ruang keadilan itu dapat kita sempurnakan,” katanya.

Tegasnya, walaupun difahami bahawa tidak mungkin ada kompromi dengan penjenayah, terorisme, pemerdagangan orang, dadah, gangsterisme dan seumpamanya, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk SOSMA digunakan.

“Kenapakah dengan wujudnya SOSMA itu, depan mata kita dan semasa hayat kita, kenapa Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dikenakan, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Marina Chin Abdullah dikenakan, Matthias Chang juga dikenakan dengan SOSMA ini.

“Sedangkan mereka ini orang politik. Sedangkan jaminan itu sudahpun diberikan dan tidak akan dilaksanakan kepada orang politik,” katanya. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tindakan Saifuddin Pertahan SOSMA Bercanggah Dengan Pendirian PH – Gobind

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PDRM Hargai Penubuhan IPCC, Pelanjutan SOSMA 5 Tahun Lagi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Usul Lanjutan SOSMA Diluluskan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelan Komprehensif Perangi Jenayah Rentas Sempadan, Pemerdagangan Orang Diwujud

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Semasa 17 jam yang lalu

FINAS Taja Caruman SKSPS 4,500 Penggiat  Seni Untuk Setahun - Fahmi

Semasa 9 minit yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Semasa 1 hari yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

oleh Wartawan Getaran