Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PDRM Hargai Penubuhan IPCC, Pelanjutan SOSMA 5 Tahun Lagi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 11:54AM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik keputusan Dewan Rakyat meluluskan usul Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), semalam.

Malah Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, keputusan meluluskan usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi bermula 31 Julai ini turut memberikan peluang kepada PDRM untuk menjalankan tanggungjawab dengan lebih efisien.

“Kami amat menghargai usaha kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) membacakan RUU IPCC 2020 untuk kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat.

“Komitmen KDN dan Ahli Parlimen dalam membolehkan usul pelanjutan tempoh kuat kuasa kedua-dua undang-undang itu diluluskan adalah sokongan yang sangat besar dalam penguatkuasaan undang-undang di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, PDRM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Perkembangan membabitkan pelanjutan ini akan memberikan peluang untuk PDRM untuk menjalankan tanggungjawab berkenaan dengan lebih efisien demi kesejahteraan keluarga Malaysia.

“Kami juga menyambut baik usaha kerajaan ke arah penubuhan IPCC demi mengembalikan keyakinan masyarakat kepada pasukan PDRM,” katanya.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU IPCC 2020 yang bertujuan mempertingkatkan integriti, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggota polis dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan keselamatan itu.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan ketiga oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan dibahas seramai 18 Ahli Parlimen.

RUU berkenaan telah melalui beberapa proses pindaan dan penambahbaikan setelah dibentang untuk bacaan kali pertama pada 26 Ogos 2020.

Hamzah pada sesi penggulungan perbahasan RUU itu berkata, pihaknya mengadakan libat urus dengan seramai 1,059 orang berhubung IPCC selain menganjurkan sesi taklimat bersama pimpinan tertinggi PDRM, persatuan bekas polis, wakil KDN dan pelbagai lagi. - Getaran, 27 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

RUU Produk Kawalan Rokok Agenda Utama Dewan Rakyat Hari Ini

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiada Kontroversi Dalam Soal Penggantian Acryl Sani - Saifuddin Nasution

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Proses Pindaan Undang-Undang Nyahjenayah Cubaan Bunuh Diri Peringkat Parlimen Selesai

4

Ekonomi 9 bulan yang lalu

Dewan Negara Lulus RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2023

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Semasa 1 jam yang lalu

Komponen BN Mesti Bantu Calon Kerajaan Perpaduan Di KKB - Tok Mat

Semasa 5 jam yang lalu

Cakna Kesihatan Pelajar Sebelum Lakukan Aktiviti Luar Kelas – Dzulkefly

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif