web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Bakal Perkenal Mekanisme ‘Ketelusan Harga Ubat’, Kenal Pasti Kadar Patut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 2:44PM

Harga ubat di Malaysia dijangka tidak lagi berada di bawah ‘kuasa’ atau ditentukan sendiri syarikat farmasi sebaik Kabinet meluluskan mekanisme ketelusan harga yang sedang diusahakan Kementerian Kesihatan (KKM) - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Harga ubat di Malaysia dijangka tidak lagi berada di bawah ‘kuasa’ atau ditentukan sendiri syarikat farmasi sebaik Kabinet meluluskan mekanisme ketelusan harga yang sedang diusahakan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, mekanisme itu akan dibentangkan kepada Kabinet untuk kelulusan.

“Kami (KKM) sedang mencari pendekatan untuk mewujudkan dasar di mana syarikat farmaseutikal perlu menjelaskan harga mereka dengan membentangkan mekanisme penetapan harga kepada kerajaan. Kekurangan ketelusan semasa menyebabkan harga adalah ‘di bawah kuasa’ dan ketetapan farmasi besar.

“Tanpa ketelusan harga, kita sebenarnya tidak tahu kos pengeluaran ubat. Dengan dasar sedemikian, kami akan dapat mengenal pasti harga berpatutan untuk ubat tertentu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, KKM juga sedang memperhalusi proses berkaitan paten dan harta intelek bagi mengelak penghijauan malar yang disifatkannya sebagai tindakan syarikat farmaseutikal ‘mengubah suai secara minimum’ sesuatu ubat sebelum berulang kali memohon paten itu dilanjutkan, menyebabkan turun naik harga.

Ahli Parlimen Rembau itu menambah, walaupun langkah kawalan harga adalah usaha berjaga-jaga yang dilakukan kementerian berkenaan, keutamaan semasa terletak kepada menangani kekurangan bekalan ubat di negara ini.

Justeru, Khairy berkata, kementerian akan melihat sumber alternatif untuk mendapatkan bahan farmaseutikal aktif memandangkan China sebagai pengeluar utama bahan itu, melaksanakan penutupan sepenuhnya.

Susulan kekurangan bekalan paracetamol, katanya, kerajaan sudah mengeluarkan stok ubat itu ke pasaran, dengan kementerian menerima tempahan daripada 222 klinik dan hospital swasta.

“Kementerian menjual produk tersebut tanpa sebarang markup (kenaikan harga) dan pada kadar berpatutan supaya pesakit dapat membeli ubat tersebut. KKM sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan ubat lain yang serupa ke pasaran dan dalam proses merekod pesanan daripada kemudahan penjagaan kesihatan,” katanya.

Selasa lalu, Khairy berkata, KKM akan mengeluarkan sebahagian daripada simpanannya untuk penyakit biasa kepada sektor swasta.

Beliau menambah, kemudahan kesihatan swasta sedang bergelut untuk menampung permintaan awam tinggi sejak akhir-akhir ini yang didakwa disebabkan penularan influenza bermusim.

Bulan lalu, Khairy berkata, kekurangan bekalan ubat, terutama di farmasi tertentu dan fasiliti kesihatan swasta, bukan disebabkan pembelian panik orang ramai.

Sebaliknya, beliau menegaskan, situasi itu boleh dikaitkan dengan permintaan tinggi terhadap ubat tertentu berikutan penularan varian Omicron COVID-19 baru-baru ini, selain peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). - Getaran, 26 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad