web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelembung Pelancong Rancakkan Pelancongan Di Pahang

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2021 8:30AM

Salah satu tarikan pelancongan di Pahang adalah Pulau Tioman. - Gambar dari Facebook Tourism Pahang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kebenaran gelembung pelancongan bersasar dilihat mula merancakkan semula sektor pelancongan di negeri Pahang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Tanpa mendedahkan jumlah pelancong yang diterima setakat ini, beliau berkata selain berada di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pelbagai produk pelancongan di Pahang turut menarik minat pengunjung.

"Kita sudah mula menerima pelancong dari negeri-negeri luar dengan prosedur yang ditetapkan dan diurus oleh agensi pelancongan antaranya ke Cameron Highlands.

"Pahang mempunyai pilihan lokasi pelancongan yang pelbagai antaranya alam semula jadi, pantai dan terbaharu mercu tanda seperti Menara Kuantan 188 yang dilihat dapat menarik minat pengunjung. Justeru, kini kami akan jalankan promosi secara berterusan terutama melalui platform media sosial," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program 'This Is Pahang' Business Networking At The Peak di Menara Kuantan 188, di sini, malam tadi, bertujuan mempromosikan dan memberi pendedahan kepada agensi pelancongan di luar Pahang mengenai produk serta destinasi menarik di negeri tersebut.

Menurut Mohd Sharkar, inisiatif itu merupakan antara usaha kerajaan Pahang untuk memeriahkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk susulan penularan COVID-19.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya pemain industri pelancongan turut diberikan keutamaan untuk menerima vaksin memandangkan golongan berkenaan juga 'barisan hadapan' dalam sektor tersebut.

"Ia bagi memberi keyakinan kepada pelancong sekali gus akan memberi impak positif kepada industri ini yang merupakan antara sektor penyumbang kepada pendapatan negara," katanya. - Bernama 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar